Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, July 9, 2012

Syurga Ada Di Hati

Perjalanan pulang kerja diwaktu hujan selalu bertemu dengan kesesakan jalan raya.Kesempatan itu elok dimanfaatkan untuk mendengar halwa telinga. Sudah pasti ceramah Ustaz Zahazan di chanel ikim.fm menjadi plihan.

Ustaz membicarakan tentang keikhlasan diri. Sungguh benar kata-kata Ustaz, adakala seseorang individu itu dinilai di mata zahir amat bagus dan sempurna, ada juga yang dinilai sebaliknya contoh personaliti itu baik tetapi di sisi Allah berbeza. Kenapa demikian? Kerana hati.

Apa yang ada dihati hanya Allah yang mampu menilai. Manusia tidak mampu meneka. Sebab itu kata seorang ulama "syurga itu di hati". Maknanya hati memainkan peranan dalam semua hal.Hati menjadi kompas kepada segalanya.Jika hati ikhlas maka baiklah sesuatu perkara tersebut. Jika hati tidak ikhlas kerana riak atau ujud maka rosaklah seluruh amalan dan kebaikan.

Bagi menempah jalan ke syurga, mari muhasabah dan menilai hati kita. Menjana keluhuran jiwa dan tawaduk memerlukan setiap indivdu menyedari bahawa kita ini begitu kerdil disisi Allah walau dilihat hebat di mata manusia.

Menjadi insan sempurna memerlukan kepada 3i islam iman ihsan.

Allahu A'alam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment