Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, July 7, 2012

Wanita Perlu Berdikari

t
Ramai wanita yang tidak mahu dan tidak bersedia untik berdikari... ada yang beralasan segalanya suami yang sediakan. Alhamdulillah kerana memiliki suami yang bertanggungjawab. Namun begitu juga pula memberi alasan begitu supaya kita boleh untuk tidak mengambil indah banyak perkara atau dengan kata lain BERDIKARI.

Maksud saya berdikari ini adalah wanita perlu tahu dan boleh melakukan walaupun segalanya diurus oleh suami. Ada ramai wanita yang ditinggalkan suami sedangkan pada peringkat awal semuanya diuruskan suami memang perlu melalui kesukaran. Conothnya tidak tahu membawa kereta. Pada saya ia suatu kemestian sekiranya ada masa emergency suami sakit dan perlu dibawa ke klinik, tidakkah susah jika isteri tidak tahu membawa kereta. Ada juga yang ada lesen tetapi takut unutk memandu...

Memang betul banyak perkara tanggungjawab suami, tetapi tidak salah jika isteri menambahkan nilai dengan mempunyai kemahiran tersendiri. Membantu suami itu tidak ada masalah, cuma jangan sampai suami mengambil kesempatan atau "take for granted". Ada seorang ibu tunggal pernah berkongsi peristiwa dia ditinggalkan suami. Saat itu dia terkapai-kapai, segala benda tidak tahu buat kerana segalanya diurus suami. Apabila suami meninggal accident dia perlu memulakan segalanya dari awal. Beliau terpaksa belajar berdikari demi meneruskan kehidupan bersama anak-anak.

bagi wanita yang mungkin merasakan miliki segalanya hingga mendabik dada dan berkata.. "segala-galannya suami".. Ingatlah suami kita hanya pinjaman semata-mata. Oleh itu jawablah sekadar Alhamdulilah..Allah menganugerahi saya dengan suami yang bertanggungjawab, tetapi saya ingin belajr dan menggilap potensi diri serta menilai kemampuan diri... " Rasa saya itu lebih baik dan berhikmah..

Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment