Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, July 7, 2012

WANITA DAN KERJAYA




10 TOKOH IDOLA MUSLIMAHInsyaAllah Ahad esok di masjid Shah Alam saya akan berkongsi pandangan tentang tajuk WANITA DAN KERJAYA. 
Moga perkongsian ini dapat mencerahkan pandangan kita terhadap wanita yang memiliki kerjaya serta bagaimana merngimbangi kerjaya dan juga keluarga bagi wanita yang telah berumahtangga dan bekeluarga. Saya juga ada mengupas sedikit sebanyak isu kerjaya dalam buku 10 Tokoh Idola Muslimah. InsyaAllah jika diizinkan olehNya saya akan menyambung kupasan ini dalam buku yang seterusnya iaitu 10 Tokoh Jutawan Muslimah.

Ramai wanita sebenarnya dalam dilemma antara mahu meneruskan kerjaya atau tidak lantaran perlu memenuhi tanggungjawab terhadap keluarga. Dalam masa yang sama perlu juga membantu suami yang ingin memenuhi keperluan keluarga.

Selain itu ada juga wanita yang terpaksa bekerja dan berdikari demi meneruskan kelangsungan hidup apabila suami meninggal atau diceraikan. Realtinya bekerjaya atau tidak wanita itu akan sentiasa unggul apabila dia mengetahui dan menjaga HAKnya sebagai wanita atau isteri.
Ikuti kupasan selanjutnya....

Wallahuaalam

No comments:

Post a Comment