Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, July 13, 2012

Konsep Menuntut Ilmu


Ilmu memerlukan maklumat yang benar yang membawa makna kepada pemilikNya. Kerana itulah kita juga perlu sentiasa belajar dan mendapatkan ilmu sebanyak mungkin dari orang yang betul-betul berilmu dan bukannya menyamar atau mempergunakan ilmu untuk kepentingan peribadi. Rasullulah saw berpesan supaya berkenaan niat dan tujuan mencari serta menuntut ilum ini dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:
"Barangsiapa yang menuntut ilmu kerana empat perkara, maka masuklah dia ke dalam neraka: sesiapa yang menuntutnya untuk berbahas (berdebat) dengan orang yang berilmu, dan untuk memperlekehkan orang bodoh, dan supaya manusia memandang mulia kepadanya, dan untuk mendapatkan harta dengan ilmu tersebut." (Riwayat Bukhari)
Dipetik dari buku Kompas Kehidupan Terbitan Koperasi Khalifah Jiwa

No comments:

Post a Comment