Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, July 3, 2012

Bagaimana Meningkatkan Kesedaran Belajar untuk Pelajar Kelas Corot

Cabaran besar guru-guru adalah memberi kesedaran kepada pelajar.Banyak program diadakan, namun masalah utama sambutan dari pelajar kelas corot amat kurang.
Apakah masalah mereka untuk hadir program?
Bagaimana mengatasi masalah ini?

Motivasi atau program kecemerlangan pelajar lebih diutamakan kepada mereka yang berada di kelas corot.Namun yang ramai hadir adalah dari kelas yang pandai.Matlamat untuk mensasarkan kecemerlangan akademik kepada semua pelajar tidak akan berjaya sekiranya ada segelintir pelajar tidak mengambil peluang.

Dalam konteks mengatasi permasalahan ini pelajar dan juga ibu bapa pelajar perlu diberi pendedahan.Ibu bapa perlu ada initiatif untuk memastikan anak-anak mereka terlibat dengan program yang diadakan disekolah,Jika tidak hasilnya yang corot tetap dibelakang dan yang di depan akan terus melakar kejayaan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment