Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, July 5, 2012

DETIK BERSEJARAH




Setiap detik berlalu kita akan menghargai peristiwa yang berlaku.Pahit manis menjadi kenangan berharga. Saya titipkan kisah ini untuk mengenang satu peristiwa yang boleh memberi pedoman buat saya sebagai pendidik.

Kisah semalam membuatkan saya bermuhasabah cara saya mengajar anak didik.Terkadang cara mendidik bergantung kepada pengalaman kita yang sedia ada.Ada ketika apa yang kita fikr baik untuk mereka tetapi tidak semua pelajar boleh mengikut cara tersebut.

Saya merupakan pendidik yang asalnya anak didik juga.Setiap sesuatu perkara yang berlaku pada saya sewaktu saya bergelar pelajar mana yang baik ingin saya aplikasikan.Mana yang tidak bagus sebaik mungkin ingin elakkan.

Sebagai contoh,pembentangan tugasan adalah bagus bagi memupuk rasa yakin diri dan sifat berdikari dikalangan pelajar.Sewaktu pembentangan pula saya suka berdiskusi tentang isu yang dibentangkan pelajar. Selalunya ia berjalan lancar dan tiada masalah.

Semalam hari bersejarah kerana seorang pelajar saya menangis tersedu-sedu saat hampir selesainya pembentangan. Saya pelik dengan situasi tersebut bilamana ramai pelajar juga memberikan pandangan termasuk saya.

Menurut pelajar tersebut dia menangis kerana merasakan apa yang dibentangkan silap.Persoalan yang dilontarkan dari pensyarah serta rakan yang tidak mampu dijawab memberikan tekanan pada dirinya.   
Saya memohon maaf kepada pelajar berkenaan termasuk seluruh kelas  andai approach secara diskusi setiap slide itu tidak bersesuaian.Jauh disudut hati saya merasa sedikit terganggu kerana apa yang kita fikirkan bagus tetapi ada segelintir pelajar tidak boleh menerimanya. Inilah hakikat mengajar dan belajar.

Wallahuaalam 

No comments:

Post a Comment