Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, July 11, 2012

Renyai Dihati Ku



Peristiwa semalam sungguh memberi sekelumit rasa pedih di hati. Sungguh bahasanya itu mengguris rasa. Namun hati sekadar merasa lidah sekadar membisu. Ungkapan menghina itu bukan membuat diri ini undur ke belakang, namun ia membawa diri untuk melihat ke depan. Kata-kata itu satu loncatan untuk aku membuktikan siapa diri ini. Bukan untuk mendabik dada mengatakan diri hebat kerana tahu diri tidak sempurna. Ia memberi satu semangat untuk terus berjuang memartabatkan diri, mencungkil seluruh potensi yang ada.. Percaya Allah itu tidak akan menzalimi diri.

Renyai dihatiku, menjadi azimat untuk melangkah ke depan memanjat tannga cabaran. Percaya bahawa seribu orang mendoakan kegagalan kita namun tetap ada insan yang masih menyayangi kita dan mahu melihat kita berjaya. Sekelimit hinaan sesungguhnya menyedarkan diri ini bahawa, hina di sisi manusia itu tidak mengapa, tetapi hina di sisi Allah itu memang sesungguhnya HINA. Lontaran kata-kata itu menjana minda untuk berfikir bahawa masih ada harapan dan strategi yang perlu diteliti dan diusahakan. 

Sungguh, siapa aku hari ini bukan lagi perkara yang penting. tapi akan ku bukti siapa aku suatu hari nanti. Sungguh aku kerdil si sisi manusia, tapi aku mahu dilihat hebat di sisi Tuhan.. Tidak mengapa hari ini manusia mempersendakan ku, aku perlu berterima kasih kepada mereka kerana menyedarkan SIAPA AKU..
Renyai di hati membasah di pipi..suatu masa akan ku tukar ia menjadi titisan kebahagiaan.. dan bukan hinaan..
Allah itu mahu menguji..sejauh mana kekentalan jiwa.. Terima kasih atas hinaan..beri aku sedikit masa untuk membuktikan...
  

No comments:

Post a Comment