Pantas masa berlalu, kita kembali bertemu dengan hari Jumaat yang barakah ini.. Hari ini saya mahu memperkatakan tentang diri kita masing-masing. Cuba anda secara sepintas lalu melihat dan muhasabah diri masing-masing setiap waktu yang kita jalani baik dari segi perkataan atau dari segi perbuatan adakah kita mempamerkan dan memberikan sesuaut yang manfaat untuk orang-orang sekeliling kita atau sebaliknya. Mudah kata.. adakah kita ini memberi tenaga atau penarik tenaga (energy sucker or energy giver).
Ampunkan dosa kami...
Maafkan segala kesilapan kami..
sama ada yang kami sedari dan tidak kami sedari..
Limpahkan hidayah Mu Ya Allah
Berikanlah kekuatan bagi kami meneruskan perjuangan ini
Rahmatilah kami dengan kekuatan Iman..
Kurniakan kami rezeki yang melimpah ruah dan berkat
Untuk kami manfaatkan kepada agama-MU..
Radhalah dengan setiap apa yang kami lakukan.
Terimalah segala amalan kami...
Moga tahun yang mendatang ini
memberikan beribu kebaikan buat kami...
Ya Allah..
Berilah kebaikan dunia dan kebaikan akhirat untuk kami..
Ameen.. Ya Rabbal Alameen.

No comments:
Post a Comment