Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, November 19, 2012

Berkorban Apa Sahaja Untuk Berjaya


Setiap kali mahu memberi motivasi kepada anak-anak, saya suka mengingatkan tentang pengorbanan. Untuk berjaya sudah pasti pengorbanan adalah kriteria yang penting. Jika mahu berjaya dalam rumahtangga maka pasangan perlu buat pengorbanan salah satunya adalah berkorban apa yang suka dengan menerima seadanya kelebihan dan kekurangan pasangan kita. Jika mahu berjaya dalam kerjaya, maka perlu berkorban masa dan tenaga demi mencapai apa yang dinginkan. Begitu juga mahu berjaya dalam pelajaran. 

2013 dua orang anak saya bakal berdepan dengan cabaran peperiksaan SPM dan PMR. Sudah pasti sebagai ibu saya perlu banyak berkorban masa unutk mereka. Hari ini seawal pagi sudah bertugas menghantar anak ke rumah sahabat saya untuk study group. Dalam masa yang sama mencari program unutk anak-anak sesuai masa cuti sekolah. Pada saya program masa cuti bukan semata untuk akademik tetapi lebih penting juga untuk kesedaran diri. Jika waktu di sekolah, guru yang sering memastikan program yang sesuai untuk pelajar, maka waktu cuti ibubapa perlu mencari pengisian yang sesuai untuk anak-anak. 

Perhatikan ramai yang menghantar anak-anak tusyen dan juga kelas intensif, namun pelru juga ibu bapa pastikan tarbiyyah sewaktu di rumah. Contohnya masa cuti sekolah anak-anak berada di rumah, cubalah mempraktikkan solat jemaah, jika sudah biasa dengan solat jemaah maka adakan pula tadarrus atau usrah. Anak-anak bukan semata perlu disogokkan dengan keperluan tusyen akademik tetapi pastikan tusyen untuk rohani/spiritual juga tersedia. Saya percaya jika ibadat diutamakn pasti akademik atau apa sahaja kejayaan yang diinginkan akan datang dengan mudah. 

Pokoknya kita perlu berkorban apa sahaja untuk berjaya tetapi jangan sampai ibadat pun kita korbankan.... Fikir-fikirkan

No comments:

Post a Comment