Ramai
kalangan surirumah merungut apabila ada yang mengatakan mereka tidak bekerja,
antaranya berkata “Kami kerja di rumah sahaja... Menjaga anak, sediakan
makanan, membasuh pakaian dan siapkan segala keperluan utk keluarga... adakah
ianya bukan satu PEKERJAAN...?
Ada
lagi surirumah yang menjawab menmberikan pendapat beliau “bukan senang nak
uruskan semua benda bagi wanita….kerjaya,suami,anak dan urusan rumahtangga
ext.. Jangan pandang rendah pada wanita yang tak bekerja.. Jasa mereka sangat
tinggi.dan juga skrng ramai wanita berani sahut cabaran membuat partime bisnes
online untuk membantu pendapatan isi rumah disamping anak anak terjaga dan
urusan rumahtangga lebih teratur..
Kata
seorang surirumah “ saya berhenti kerja untuk menjaga anak kerana tujuan kita
bekerja membesarkan anak menjadi aset kita suatu masa nanti. Tapi aset
bagaimanakah yang kita nak mereka menjadi? Kerana anak-anak itu amanah Allah
untuk kita.. Kadang=kadang ada ibu bapa yg tidak sedar sebenarnya matlamat
bekerja untuk apa”
Apabila
isu memilih suami yang berpendapatan tinggi seorang surirumah member pendapat “
Dapat suami kaya itu rezeki dari Allah.. Tugas isteri mengurus segala urusan
rumahtangga.. Kalau dah suami sibuk siang malam mencarir nafkah siapa pulak nak
bagi tumpuan kepada anakanak..Maka jangan pandang rendah tugas surirumah..
Mereka bekerja 24 jam sehari boleh dikatakan! Tapi sekarang ramai housewife
buat busnes online or kerja sendiri selagi semuanya tidak mengabaikan
tanggungjwb sebenar”
Itu
antara segelintir surirumah yang memberikan pandangan mereka apabila dikatakan
perlu bekerja atau perlu sekadar menjadi suri di rumah. Ada ramai surirumah
sekarang ini biarpun berpendidikan tinggi namun memilih untuk berhenti kerja.
Mereka berkorban untuk memelihara aset besar dalam keluarga iaitu anak-anak. Ilmu
yang ada dapat digunakan untuk mendidik dan mengajar serta membesarkan anak-anak
agar menjadi anak yang berguna pada masa hadapan. Itula pelaburan seorang ibu
yang jarang dilihat oleh segelintir inidividu. Bahkan mereka sanggup memilih
kerjaya yang hebat walaupun rumahtangga tungganglanggan.
Jika
diperhatikan scenario di barat atau di Timur seperti jepun umpamanya, ramai
yang berpendidikan tinggi tetapi mereka lebih suka bergelar surirumah dan
memilih menjaga dan mendidik anak-anak walaupun terpaksa melepaskan ijazah yang
dimiliki dan mengabaikan impian mempunyai kerjaya yang hebat. Adakah pilihan
mereka tepat? Sudah pasti jawapannya ya, ini kerana anak adalah aset paling
berharga dunia dan akhirat. Jika kita salah didik maka kita merana seumur
hidup. Mungkin ada juga yang bergelar surirumah tetapi anak-anak masih tidak
terurus. Pun begitu pilihan untuk tidak bekerja dan menguruskan rumahrangga
demi anak-anak adalah satu pengorbanan dan sumbangan yang besar seorang ibu untuk
masa depan anak-anak mereka agar menjadi insane berguna yang dapat menjadi
penuymbang kepada Negara bangsa.
Wallahuaalam
No comments:
Post a Comment