Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, November 25, 2012

Kesan Sikap Negatif Kesan kepada Perhubungan dan Komunikasi

Ramai yang tidak menyedari bahawa berlakunya hubungan yang tidak mesra atau renggang adalah disebabkan sikap negatif yan wujud dalam diri. Contohnya adalah sikap acuh tak acuh, mudah panas baran,moody, pemarah dan juga sensitif. Sikap ini menyebabkan perhubungan dan komunikasi yang mesra akan terhalang.

Jika seorang bapa contohnya mempunyai sikap panas baran atau pemarah yang tanpa sebab maka anak-anak secara tidak langsung kurang mahu mendekati atau bersembang.Sama juga sekiranya seorang pekerja yang moody maka rakan-rakan lebih suka untuk tidak menegur kerana takut sekiranya menjadi sasaran. Begitu juga sekiranya pasangan suami atau isteri yang bila diberitahu sesuatu atau mahu berkongsi sesuatu tetapi bersikap acuh tidak acuh maka masing masing akal mengambil sikap untuk senyap dan berdiam diri.


Apa yang diperkatakan diatas adalah impak kepada perhubungan atau komunikasi hasil dari sikap-sikap negatif. Jika ini berlaku maka sudah pasti ia menjejaskan perhubungan. Semua ini menjadi seperti bom jangka, biar dilihat remeh pada segelintir tapi ia boleh memberi kesan jangka panjang. Umpama seorang anak yang menyimpan dendam kepada ibu bapa kerana tidak dapat menyampaikan hasrat akan memberontak dan melakukan perkara yang tidak baik.


Sama juga dengan pasangan atau rakan sekerja,jiran tetangga dan saudara mara, perhubungan yang sepatutnya mesra, penuh kasih sayang serta saling menghargai dan memerlukan menjadi gersang gara-gara sikap negatif tersebut. Dek kerana itu mari sama-sama menilai diri yang memungkinkan kita mampu mengubah dan melakukan transformasi hijrah diri. Hidup pasti lebih bahagia dan ceria.
Wallahuaalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment