Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, November 30, 2012

Ibu bapa merintis jalan ke Syurga


Tanggungjawab ibu bapa adalah satu tugas berat. Ibu bapa menggalas semua itu perlu tahu dan faham apa tanggungjawab mereka. Pertamanya apabila memperkatakan tentang tanggungjawab, paling utama adalah mendidik anak solat, ia bukan setakat didik dan mengajar anak solat tetapi memngajar mereka menjaga solat. Sebolehnya solat itu perlu di awal waktu. 

Ada segelintir ibu bapa sekadar menunaikan tanggungjawab diri sendiri, conoth mudah solat subuh. Ada yang sekadar solat diri sendiri dan tidak mengambil peduli ahli keluarga yang lain. Tidak ada rasa dalam diri untuk mengejutkan ahli keluarga untuk bangun dan solat berjemaah bersama-sama. Ia seolah kita seorang yang mahu masuk syurga, ahli yang lain itu bukan urusan kita. 

Inilah yang membawa kepincangan dalam rumahtangga. Solat berjemaah perlu diterapkan setiap waktu. ibu bapa yang prihatin tentang hal begini akan dapat menjaga solat mereka disamping memantau solat anak-anak. bagi yang lelaki perlu soalt berjemaah di masjid, oleh itu ibu perlu memimpin anak-anak perempuan yang lain untuk solat berjemaah di rumah. Seandainya ibu dalam keadaan uzur syarie, maka asuhlah anak yang lebih tua untuk menjadi imam kepada adik-adik yang lain. Jika mahu berjaya konsep sistem perlu diterapkan, maka samalah juga jika mahu berjaya mengejar kejayaan akhirat. Solat berjemaah adalah sistem yang melengkapkan kejayaan dunia akhirat. Moga ini daapt diterapkan dan menjadi budaya dalam semua keluarga. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment