Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, November 6, 2012

Kecundang Bukan Bererti Gagal, Ia Bermakna Kita Belum Berjaya


Kehidupan tidak boleh lari dari sejarah. Sejarah itu jugalah yang menjadikan kita sebagaimana kita hari ini. Dan setiap orang punya sejarah kehidupan yang tersendiri. Ramai yang mengatakan tidak boleh berjaya dalam hidup kerana warna-warna sejarah silam. Bahkan ada ramia yang memberi alasan kerana sejarah semalamlah yang menjadikan diri mereka gagal. 

Secara jujurnya, memang adakala sekeliling kita boleh memberi pengaruh kepada diri kita, kerana itu kita sering dingatkan agar memilih rakan serta memilih dengan siapa mahu bergaul. Namun perlu diingat, seseorang yang dirinya kental tidak akan mudah untuk dipengaruhi oleh keadaan sekelilng. Sejarah yang suram di masa silam juga tidak akan menghantui diri hingga menlenyapkan cita-cita untuk terus berjaya. 

Perhatikan ada ramai orang yang dulunya hidup miskin, tetapi sekarang ini mampu berjaya. Ada yang tidak mendapat pendidikan secara formal, tapi masih mampu mencari ilmu dengan cara tersendiri dan akhirnya menjadi orang tersohor. Ada juga yang sewaktu dibangku sekolah mereka bukan sesiapa, bahkan ibu bapa juga bukan dari orang terpelajar, pun begitu akhirnya mereka lahir menjadi manusia terbilang. 

Semua ini mampu terjadi kerana inidividu itu tidak menjadikan sejarah sebagai alasan untuk tidak berjaya. Tetapi sejarah yang lalu itu menjadi pemangkin semangat serta motivasi untuk mengatur strategi kejayaan. Maka belum terlambat untuk anda berjuang mengatur langkah untuk berjaya sebagaimana orang lain sebelum. Jika anda pernah kecundang mereka juga pernah mengalami. Cuma mereka melihat kecundang dari sudut yang positif. Mahu memajukan diri serta terus gigih berusaha tanpa rasa jemu. 

Percayalah, anda belum gagal, cuma anda belum memulakan langkah kejayaan. Oleh itu untuk berjaya langkah pertama adalah permulaan kepada langkah yang beribu-ribu. Yakin dan percaya pada diri sendiri serta tawakkal kepada Allah setelah berusaha adalah azimat. Ingat tiada jalan mudah untuk cemerlang, melainkan perlu berkorban apa sahaja, kerana kejayaan tidak datang bergolek. Selamat maju Jaya.

No comments:

Post a Comment