Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, November 14, 2012

Hijrah: Satu Perjalanan Kehidupan (1434H)



Kehidupan adalah satu perjalanan yang menjadikan dunia sebagai pentasnya. Hakikat kehidupan tidak boleh lari dari pelbagai warna warni pelangi yang Allah datangkan untuk kita. Ibaratkan rasa yang ada, masam, manis,pahit, masin dan sebagainya adalah gambaran kehidupan yang kita lalui. Jika tiada itu semua maka tiadalah kemanisan pengalaman yang pelbagai yang mewarnai kehidupan. 

Setiap inidividu punya liku kehidupan yang berbeza, ia banyak dipengaruhi oleh faktor sekeliling. Pun begitu kita tidak boleh seratus peratus meletakkan semuanya pada keadaan sekeliling yang mempengaruhi kerana sebahagiannya adalah daripada diri kita sendiri. hebat mana kita mahu menahan sesuatu itu berlaku namun ia tetap akabn berlaku. Sekuat mana kita berusaha bagi mencapai apa yang diiniginkan, namun kadangkala ia tidak sebagaimana yang kita sangka. Indah manapun kehidupan dengan warna pelangi yang mewarnai namun dihujungnya kita tetap bertemu malam yang kelam.Itulah resmi kehidupan. Biar hebat manapun kita hebat lagi kuasa Allah yang maha mengetahui apa yang berlaku, sedang berlaku dan apa yang bakal berlaku. 

Ya Allah, berikan diri kami semua apa yang terbaik untuk dunia dan akhirat kami disisiMu.  

Selamat Menyambut Muharram 1434H


No comments:

Post a Comment