Hujan renyai pagi in menambah kesejukan.Namun ia tidak mematahkan semangat untuk meneruskan perjuangan menyelesaikan misi hari ini. Sejak semalam tidak lena tidur berfikir untuk membuat keputusan. Otak seperti tidak mahu rehat dari memikirkan apa yang perlu dilakukan hari ini. Keputusan yang diambil bakal mengundang banyak perkara. Demi mengharapkan yang terbaik, saya beristikharah dan solat taubat agar Dia meredhai keputusan ini.

Adakala apabila mahu membuat keputusan yang besar dan boleh memberi impak yang pelbagai, hati kita waswas, bimbang dan takut. Kerana itu kita dipesan untuk setiap hari melakukan istihkarah bila mahu membuat keputusan, walaupun dilihat benda atau perkara tersebut seperti kecil sahaja. Alhmadulillah, apabila kita menyerahkan segala tugasan dan misi yang mahu diselesaikan dengan berserah pada Allah, maka hati menjadi tenang. Apabila adanya cabaran selepas keputusan ini dibuat, maka hati akan berlapang dada dengan ketentuannya. Ya Allah. mudahkanlah untuk merealisasikan semua ini....
Ketakutan dengan risiko yang mendatang bukan alasan unutk menarik diri dari membuat keputusan. Kerana itulah perlu ada keyakinan kepada Allah yang menjadi sandaran apa sahaja....

No comments:
Post a Comment