Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, November 15, 2012

Dilemma Permintaan Bekas Kekasih


Salam Jumaat,

Hari ini seorang sahabat bertanya permasalahan seorang rakan yang berada dalam dilema kerana beliau dihubung saudara kekasih lamanya yang sekian lama mencari beliau. Permintaan dari bekas kekasih dipanjangkan untuk bertemu dengan beliau sebelum menutup mata. Bekas kekasih pula sekarang ini berdepan dengan pelbagai penyakit yang kritikal. Sebelum menutup mata permintaannya adalah untuk bertemu bekas kekasih. walau sekian lama terputus hubungan dan masing-masing sudah membawa diri serta berumahtangga namun rupanya bekas kekasih masih ada ingatan terhadap insan yang dikasihinya. 

Berada dalam dilemma, diri merasa bimbang untuk bertemu semula. Walaupun permintaan bekas kekasih sudah mendapat restu dari pasangan. Tapi hati merasa bimbang.. Saat persoalan ini dilontarkan, pada saya ia mudah sahaja.. Semua perkara letak pada hati dan diri kita sendiri. Pada saya antara diri dengan bekas kekasih sekiranya tiada perkara yang menjadi isu, tiada salahnya melawat beliau  sekadar menziarahi. Bahkan boleh bersama pasangan melawat si bekas kekasih, dan datang sekadar menunjukkan keprihatinan seorang sahabat dan memberi semangat dan kekuatan untuk pulih. 

Ada juga yang kes yang apabila bertemu semula cinta lama, maka cinta berputik semula, rindu pun membara lalu tercetuslah pertemuan-pertermuan rahsia dan berbalas-balas utusan hingga lupa bahawa diri masing2 sudah berpunya. Sempadan yang ada menjadi terlerai dek nafsu bukan dipandu iman. Bagi yang merasa bimbang hati masih ada sedikit perasan kasih dan sayang maka eloklah pertemuan itu dijauhkan. 

Semenangnya kenangan itu sukar dihapus, namu perasaan itu boleh dipupuk dari sayang kepada kekasih menjadi sayang kepada sahabat. Bila segalanaya dipandu iman pasti kebaikan dan silaturrhaim yang berteras syariat akan tercipta. Maka yang lepas jadikan panduan, memori silam biar tersimpan sebagai kenangan , masa yang mendatang renungi bersama agar kita tidak melakukan kesilapan yang disengajakan.

No comments:

Post a Comment