Sakit kepala sejak semalam seakan tidak mahu hilang denyutnya, ini gara-gara berfikir bagaimana mahu menyelesaikan permasalahan walaupun otak sudah kepenentan. Hujan yang tidak berhenti sekrang ini juga mungkin menyumbang kepada sakit kepala apabila terkena gerimisnya. Sunnguh ujian itu seringkali kita tidak sangka, sama juga sesuatu keadaan yang tidak kita duga, dan adakalanya kita melihat perkara yang mudah tapi kesannya tidak mudah.
Semalam selesia memasak makan malam saya menerima mesej dari kawan anak saya Iman. Mesejnya berbunyi :" Ieman engkau tidak jadi pengawas tahun hadapan, tapi sekelas dengan kami..... ". Begitulah bunyi sms anak sahabat saya yang juga anaknya merupakan kawan Iman. Mesej itu memang membuatkan saya juga terkejut kerana biasanya sepanjang pengalaman, tidak pernah ada masalah untuk Iman. Lalu saya tanyakan apa masalahnya hingga dia di lucutkan dari badan pengawas. Patutlah Iman tidak mahu makan, bahkan dia seperti dalam keadaan bersedih dan murung. Bertanya kepada Iman sudah pasti tiada jawapannya. Sekadar alasan dia tidak sempat untuk diinterview kerana tidak cukup masa.
Sebagai ibu apa yang paling mengherankan saya adalah apa kesalahan Iman sehingga di pecat dari badan Pengawas sekolah kerana beliau adalah Ketua Pengawas untuk sebelah petang bagi tahun 2012. Atau apa kriteria yang menyebabkan dia tidak terpilih oleh guru menjadi pengawas kerana minggu lepas Iman baru sahaja dinobatkan sebagai Tokoh Kanak-Kanak 2012, SKSU. Sebagai ibu sudah pasti saya amat memahami, dia dalam keadaan 'down' dan merasakan dirinya ada melakukan kesalahan yang besar hingga bukan setakat tidak dilantik bahkan interview juga tidak dipanggil.
Sebagai ibu saya pastinya mengharap anak saya akan meneruskan khidmat sebagai pengawas sekolah, tetapi sebagai ibu juga saya lebih risau apa kesalahan yang dibuatnya yang tidak saya ketahui. Saya pasti kanak-kanak yang walaupun di rumah berkelakuan baik, namun di sekolah kita tidak pasti, apakah mereka berkelakuan yang sama atau sebaliknya. ini berlaku kepada ramai pelajar. Dirumah mereka dilihat amat bersopan santun, tetapi di sekolah rupanya suka membuli kawan. Untuk tidak melakakuna kesilapan, saya merujuk kepada ibu kawan baik anak saya Iman. ustazah Huda adalah rakan saya waktu sekolah dan sewaktu di universiti. Hubungan kami akrab lebih-lebih lagi tinggal berjiran dan anak-anak kami pula rapat antara satu sama lain. Menurut beliau walaupun tiada interview sepatutnya sebgai tokoh kanak-kanak sudah pasti Iman layak untuk jawatan pengawas apa lagi Iman merupakan ketua pengawas sesi petang untk 2012.
Maka atas sarana beliau untuk saya ke sekolah merujuk kes Iman kepada guru yang bertugas. Saya meminta suami untuk hadir ke sekolah bertanyakan masalah tersebut. Kepala saya sakit berfikir, apa yang Iman buat salah di belakang saya. Sungguh sebagai ibu, pasti ada gundah gulana di sudut rasa. Apalagi boleh dikatakan Iman merupakan pembaca doa untuk setiapkali asemmbly di sekolah, dia juga wakil hafazan, juara tilawah untuk peringkat sekolah. Tidak terfikir oleh pemikiran seorang ibu yang anaknya berkelakuan tidak baik hingga tidak lagi dicalonkan sebagai pengawas. Jika dikatakan masalah akademik menurun, Iman masih lagi antara pelajar top twenty yang bakal menerima anugerah Sabtu ini. Tidur saya seperti tidak lena. Ieman pula menangis, saya melihat anak matanya kemerahan dek kesdihan itu.
Pagi ini Iman ke raptai hari anugerah tanpa mahu makan dan minum. Saya tidak tahu apa yang ada dalam pemikirannya. Namun saya katakan babanya akan kesekolah untuk bertanya guru perihal dia di sekolah. Sudah pasti Iman dalam kecamuk, tidak pasti apa kesilapan dan tidak tahu apa yang bakal diberitahu guru tentang dirinya. Sebagai pelajar yang menjadi pengawas sejak darjah dua, hingga darjah empat, menjadi wakil sekolah untuk beberapa pertandingan dan terpilih menjadi Pelajar Terbaik Ko-Kurikulum 2012, dan mendapat pula tokoh Kanak-Kanak 2012, disudut pemikiran mengatakan, dia sudah punya cukup kriteria, namun siapa kita untuk menentukan iaitu semua.Saya tertanya di mana silap anak saya yang tidak sampai ke telinga saya. Saya tidak mahu anak yang saya snagka baik di depan mata berkelakuan sebaliknya di belakang saya.
Saat memasak di dapur saya menerima panggilan dari ipar yang mengajar di sekolah yang sama, "Kak, tak payah datang la sekolah hari ini, saya dah telefon Cikgu yang bertugas bertanyakan kenapa Iman tidak terpilih dan tidak dipanggil interview. Katanya nama Iman tercicir dari interview.. nanti dia masukkan nama tu... ". Alahai.. penat otak dari malam sampai ke pagi, Iman sampai tidak mahu makan dan minum memikirkan nasib diri.. Saya tidak kisah jika tercicir, tapi amat kisah jika anak saya ada berbuat silap yang saya tidak tahu. Untuk mengambil menjadi pengawas atau tidak itu budi bicara Cikgu yang bertugas, saya tidak ralat kerana apa yang penting anak saya Iman Ihsan masih menjaga kelakuan dan tatasusuila sebagai pelajar. Sebagai ibu saya tidak suka ke sekolah mengkritik itu ini. Cemerlang Akhlak lebih utama dari cemerlang akademik,sebolehnya kita mahu kedua-duanya cemerlang. Biarlah nasib yang menentukan, yang penting ia juga pengajaran buat Iman.. bahawa apa yang kita rasa mampu dicapai tidak semestinya boleh dicapai.... Allah itu Maha Mengatahui apa yang terbaik buat diri..
Wallhuaalam
Ummu Ieman Ihsan
No comments:
Post a Comment