Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, December 30, 2012

Dilemma isteri ke 2


Hari ini seorang hamba Allah yang bergelar isteri kedua bertanya saya bagaimana dia harus mempertahankan rumahtangga yang ada kerana nafkah yang diberi oleh suami semakin sedikit. Bahkan banyak perkara lain yang beliau sendiri terpaksa menanggung, itu belum masuk giliran yang diberi. Dia pula sejak berkahwin tidak diterima keluarga mertua. Manakala keluarga sendiri memandang suami sebelah mata kerana suami bukan pilihan keluarga. Dia dalam dilemma sama ada mahu bercerai atau meneruskan hubungan ini. Bahkan katanya tahun ini sahaja sudah 3 kali dia meminta cerai dari suami. Manakala suami pula masih tidak menceraikan kerana bimbang hidupnya nanti akan terumbang ambing. Si isteri ini pula tidak berpuas hati kerana suami kurang menjaga ibadat. Menurut si isteri kawannya ada yang bercerai dan perkahwinan kali ke dua memberi kebahagiaan.

Friday, December 28, 2012

Kembali ke Sekolah

Cuti persekolahan sudah sampai ke penghujung, ibu bapa pasti tak menang tangan mengurus keperluan anak-anak untuk menghadapi tahun baru persekolahan. Pastinya budget untuk mereka juga menjadi agenda utama untuk memastika semuanya mencukupi. Anak-anak saya sendiri seperti tidak senang duduk dan teruja kerana tahun baru yang bakal tiba menjadi tahun penting kerana ke duanya bakal menduduki peperiksaan SPM dan PMR pada 2013. Bagi memastikan keperluan mereka mencukupi dan semuanya tersedia, saya memilh untuk membeli lebih awal segala peralatan dan kelengkapan sekolah.

Thursday, December 27, 2012

Apa itu PhD?


Selalu orang bercerita pengalaman belajar yang pelbagai. semuanya ada yang manis dan pahit bergantung kepada individu, lokasi, dan situasi. Jika pada saya, PhD adalah satu perjalanan rohani yang membawa kita mengenal diri. Ujian untuk melepasi itu bergantung kepada nasib.  PhD is a 'lonely journey'. InsyaAllah jika Allah memberikan kesempatan saya akan menukilkan kisah perjalanan ini. Moga ia memberi satu pengalaman dan pengajaran kepada yang mahu atau baru memulakan perjalanan. Apapun PhD mengajar saya apa erti sebuah ilmu, apa erti sahabat, apa erti sebenar Murrabi.. Bagi yang berjaya mencapainya dan dalam masa yang sama menemukan satu hikmah dalam perjalanan itu maka sesungguhnya dia amat bertuah kerana Allah memilihnya untuk melalui perjalanan sebenar PhD.  Maka jika orang tanya saya, susah ke buat PhD? Jawapan saya... PhD adalah.. SENDIRI TANYA, SENDIRI BUAT, SENDIRI FIKIR, SENDIRI JAWAB... Akhirnya.. semua itu bergantung kepada seorang yang bernama Supervisor.. seterusnya Examiner dan sudah pasti semuanya dalam gengaman Allah s.w.t.. kerana tiada yang boleh menggagalkan segala usaha kita melainkan Allah s.w.t...
Wallahuaalam.   

Pesan Badiuzzaman Said Nursi

Pesan Badiuzzaman Said Nursi kepada pesakit:
(Risalah Untuk Para Pesakit)


Kepada pesakit yang kebuntuan atau Kritikal

Janganlah anda gelisah. Bersabarlah! Penyakit yang anda hadapi bukanlah penyakit buat anda, tetapi ia adalah sejenis penawar.
Usia menjadi panjang disebabkan penyakit, sehingga diungkapkan: “Aduhai alangkah panjangnya masa musibah dan pendeknya masa kemewahan”.

Kepada pesakit yang kurang sabar!

Bersabarlah! Bahkan bersyukurlah! Sakit yang anda alami boleh menukarkan beberapa minit umur anda menjadi beberapa jam ibadat. Ini adalah kerana . Seseorang yang ditimpa musibah penyakit akan meminta perlindungan kepada Allah s.w.t., mengharapkan pertolonganNya dan memohon bantuanNya.. Dengan rintihan tersebut dia akan memperolehi suatu ibadat maknawi yang ikhlas dan bersih suci daripada sebarang perasaan riak.

Terdapat beberapa riwayat sahih yang mengatakan umur seseorang mukmin yang bercampur dengan sakit adalah dianggap sebagai ibadat, dengan syarat tidak berkeluh kesah dan tidak berputus asa terhadap rahmatNya. Ada juga riwayat mengatakan satu minit kesakitan yang dihadapi oleh orang-orang yang bersyukur dan sabar adalah dianggap menyamai satu jam ibadat yang sempurna.

Kepada pesakit yang tidak mampu bersabar!

Tujuan manusia dihidupkan ke dunia ini bukanlah untuk berseronok dan bersedap-sedap. Setiap yang hidup pasti akan mati. Setiap yang muda akan menjadi tua. Manusia datang ke dunia ini bukan untuk menghabiskan kehidupan dalam keadaan mewah, bahkan kedatangannya ke dunia ini bertujuan agar dia memperolehi kebahagiaan hidup yang kekal dan abadi..
Jika tidak mengalami sakit, seseorang itu akan hidup dalam keadaan alpa kerana sentiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat.


Kepada pesakit yang mengadu kesakitan!

Ketahuilah bahawa anda tidak berhak untuk mengadu. Bahkan anda berkewajipan untuk bersyukur dan bersabar sahaja. Kerana anggota tubuh badan luaran dan dalaman anda, bahkan diri anda sendiri bukanlah milik anda. Anda tidak membuat sendiri. Anda juga tidak membelinya daripada mana-mana syarikat atau kilang. Oleh itu, ia adalah milik pihak lain. Pemiliknya boleh melakukan apa sahaja yang dikehendakinya terhadap barangan miliknya.

Kepada pesakit yang sedang diuji!

penyakit yang dihadapi oleh segolongan manusia merupakan satu bentuk ihsan Ilahi dan hadiah dari Maha Pemurah.

“Wahai saudaraku! Saya tidak menentang penyakit yang anda hadapi. Saya juga tidak merasa kasihan terhadap anda atas penyakit yang anda hadapi sehingga membolehkan saya melakukan doa untuk anda. Mudah-mudahan anda terus bersabar dan teguh pendirian menghadapi penyakit ini hingga akhirnya anda sembuh dan kembali sihat walafiat. Kerana selepas penyakit ini selesai menjalankan tugasnya, al-Khaliq al-Rahim, Tuhan yang Maha Pencipta lagi Maha Penyayang itu pasti akan menyembuhkan anda, insyaAllah”.

Oleh itu, sebenarnya penyakit anda adalah ibarat kesihatan bagi anda. Manakala kesihatan yang sedang dinikmati oleh sebahagian manusia pula adalah seperti penyakit buat mereka”.


Kepada pesakit yang mengadu kesakitan!

Saya bertanya kepada anda tentang hari-hari lalu yang bahagia lagi penuh kenikmatan Sudah pasti anda akan melepaskan nafas kelegaan seraya berkata “Alhamdulillah, syukur”.

Apabila terkenang penyakit dan bencara yang anda hadapai maka hati atau lidah anda akan berkata: “Alangkah sedihnya! Alangkah dukacitanya!”.

Oleh kerana kelazatan selama satu hari yang diperolehi melalui jalan yang tidak syar’ie kadang-kadang akan menyebabkan seseorang berada dalam keadaan kesakitan maknawi selama setahun genap. Begitu juga kesakitan yang terhasil daripada penyakit sementara yang dialami selama sehari akan membuahkan kelazatan maknawi selama beberapa hari, kerana ia dicelahi oleh balasan pahala. Ia juga membuahkan kelazatan maknawi yang lahir daripada kesembuhannya daripada penyakit tersebut. Oleh itu, anda hendaklah benar-benar ingat akan natijah daripada penyakit sementara yang anda alami. Fikirkanlah tentang besarnya balasan pahala yang diharapkan terhasil melalui celah-celah penyakit yang anda hadapi. Bersyukurlah , bukan mengadu kesakitan. Katakanlah: “Ya Allah! Setiap keadaan akan berubah…”.


Dipetik dr FB

Monday, December 24, 2012

Pasrah


berlagu dalam sendu..
bernafas dalam hiba
sesak dada dek derita
lemas jiwa dek sengsara
membatu diri berdiam emosi
kiri dan kanan serba-salah
mahu menyerah pasti kalah
apa ada hanya pasrah
moga esok mentari cerah
nasib pasti berubah

Saturday, December 22, 2012

Solat Pengubat Kedamaian Jiwa


Ramai yang sering merasa gelisah. Kehidupan seperti tidak terhenti-henti mencari sesuatu yang konon boleh membaahagiakan tetapi semuanya sia-sia. Apa yang ada tidak memberi kebahagiaan. Kedamaian yang dicari   masih entah dimana. Maka sesungguhnya bagi jiwa yang gelisah, hati yang tidak tenang ubatnya adalah solat. Dengan solat yang kyusuk kita akan merasa kedamaian hadir dalam diri. Saat sujud kepadaNya kita merasa kerinduan itu terpenuh, kita menghayati perasaan dekat dengan Dia. Kita lupa segala masalah yang melingakari hidup kerana percaya masalah itu tiada lain hanyalah untuk menambah ketaatan kepadaNya. Kita menjadi redha dan pasrah. 
Bagi yang masih tercari-cari kedamaian jiwa ketenangan minda. Bagi yang mahu melerai kekusutan minda, maka kembali kepadaNya. Lakukan solat sebaik mungkin. Tambahkan dengan perkara sunat. Hidupkan malam kita dengan bertahajud dan berzikir kepadaNya. Nescaya bila hati telah tenteram dan damia, segala masalah dilihat tidak susah. Segala dugaan pemangkin kesabaran. Kesabaran akan dapat dinikmati dengan bersolat. 
Wallahuaalam.  

Friday, December 21, 2012

Ibu Tunggal: Kejayaan Bukan Kerana Status



Menjadi ibu tunggal bukanlah tugas mudah, ia merupakan satu cabaran yang bersar bagi individu yang memegang titile tersebut. Seringkali kita mendengar ibu tunggal dilabel sebagai perampas suami orang, anak-anak mereka dilihat sebagai bermasalah. Bukan itu sahaja, ada segelintir yang dipulaukan oleh masyarakat.  Ibarat pepatah ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’. Dek kerana ada ibu tunggal yang melakukan perkara yang tidak baik maka mereka yang lain juga dilabel sedemikian.
Wajarkah masyarakat memperlakukan ibu tunggal begitu? Mereka tidak minta untuk menjadi ibu tunggal, dikalangan mereka ada yang ditinggalkan suami kerana berlaku perceraian dan ada juga yang suami meninggal. Apabila seorang diri memikul tugas membesarkan anak-anak, maka cabaran inilah yang terpaksa dipikul. Bagi yang melihat merasa mudah tetapi tidak pada yang menanggungnya.
Anggapan segelintir masyarakat terhadap golongan ibu tunggal sudah pasti tidak semuanya tepat ini kerana ramai mereka yang bergelar ibu tunggal ini muncul menjadi terbaik. Mereka Berjaya menjadi ikon kepada masyarakat. Kejayaan mereka dalam pelbagai bidang mejadi bukti bahawa ibu tunggal mempunyai semangat dan kegigihan yang tinggi untuk hidup bahagia. Mereka ini berjaya kerana ada keinginan yang tinggi mahu meningkatkan diri dan keluarga serta mahu berubah corak kehidupan kea rah yang lebih baik. Mereka mahu membuktikan bahawa anak-anak mereka juga boleh Berjaya sebagaimana anak-anak orang lain.
Kita boleh lihat ada pelbagai cabang dan bidag diceburi oleh ramai ibu tunggal membuktikan mereka boleh Berjaya dan bergerak seiring dengan orang lain. Biarpun terpaksa memikul beban sebagai ibu dan ayah dalam satu masa, tetapi mereka ini mampu memberi contoh dan mengimbangi tugasan mereka dengan jayanya. Bagi mereka yang bergelar ibu tunggal moga terus tabah melayari bahtera hidup. Sesungguhnya keyakinan yang teguh dan berani menghadapi cabaran serta percaya kepada kebolehan adalah pemangkin semangat berterusan.

Thursday, December 20, 2012

Demi Satu Persahabatan


Salam Ukhuwwah,
Persahabatan yang berpaksikan ketulusan dan keikhlasan pasti akan berpanjangan. Ini kerana kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Pagi ini saya menerima panggilan telefon dari orang yang sudah begitu lama saya terputus hubungan. Beberapa bulan yang lalu suami saya menerima sms yang beliau mendapat serangan angin ahmar sewaktu di Mekah. Apabila kami mahu menghubungi beliau sudah balik dan saya pula tiada nombor telepfon beliau dan pasangan. Hati sentiasa teringat-ingat. Perkenalan saya dan beliau adalah kerana kami ditakdirkan berteduh di hotel yang sama sewaktu menunaikan haji. Hampur sepuluh tahun masa berlalu kami terpisah oleh waktu dan keadaan dan kesibukan masing-masing. Saya pernah berkunjung ke rumah beliau.

Pertemuan kami dengan beliau dan suami amat indah. Ditakdirkan sewaktu haji tersebut kami seramai sepuluh keluarga di tempatkan dihotel yang sama oleh pihak travel agensi. Sejak dari itu kami memang menjadi akrab walaupun mempunyai latar belakang yang berbeza. Ada yang bergelar datuk, doktor, akauntan, pensyarah dan pelbagai profession tetapi indahnya kami seperti mempunyai chemistry.Paling menarika kami yang paling muda pada waktu itu. Walaupun masih muda dibanding mereka semua tetapi mereka melayan kami dengan baik, kebetulan saya membawa ibu bersama untuk menunaikan haji kali kedua.

Boleh kata peringakt awal kami setiap kali ada kenduri walaupun jauh tetapi kami tetap menghadirkan diri bersama-sama. Dalam pada itu sudah ada dua orang yang meninggal dunia. Namun hubungna sedia ada walaupun utuh tetapi kehidupan sebagaimana saya katakan sering dihambat kesbukan dan juga komitmen yang sedia ada maka kami jarang bertemu. Hati saya sering teringat-ingat, hujung tahun lepas kami sempat bertemu di hotel Concorde sempena perkahwinan anak salah seorang dari kami, ibu saya saya bawa bersama. Pertemuan ini sekali lagi merapatkan ukhuwwah antara kami, tapi malangnya sahabat saya ini tidak dapat hadir. Bila diberitakan beliau sakit tenat, maka saya seperti menyatakan dan menyalahkan pada diri kerana tidak berusaha menghubungo beliau sewaktu beliau sihat. Lebih malang lagi banyak nombor telefon sahabat hilang bila telefon hilang dicuri.

Hari ini Allah mendengar doa saya selama ini. Beliau juga hilang no telefon saya, tetapi setelah beliau sihat,boleh berjalan dan bercakap semula maka beliau berusaha mencari dan cuba menghubungi saya. Rasa gembira tidak terkata. Allah masih panjangkan nyawa kami untuk bersama menjalin silaturrhaim semula. Pada anda, jika ada saudara mara, sahabat handai yang lama tidak kita hubungi maka ambillah masa untuk bertanya khabar sebelum kita atau mereka pergi mengadap yang Esa.
Wallhuaalam.

Wednesday, December 19, 2012

Demi Satu Perjuangan


Selangkah mara dia jatuh
bangkit bersama kelukaan
berpaut kepada akar keyakinan
bertongkat dengan keberanian
pada siapa mahu menyerah nasib
tiada yang peduli dengan rintihan
tiada yang melihat segala kesengsaraan
airmata bukan lagi penawar
jeritan bukan ubat kesembuhan
sisa perjuangan yang berbaki
melonjak diri untuk mara
ketakutan menjadi perisai 
kalah menang bukan alasan
untuk kali ini
Pejuang tidak akan berundur
kerana Dia 
misi ini perlu diteruskan

Nukilan 
Ummu Ieman Ihsan

Doa Cinta



“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku dari apa-apa yang aku cintai maka jadikanlah ia sebagai kekuatan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa saja yang Engkau singkirkan dari apa-apa yang aku cintai maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai. Ya Allah jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk di saat kehausan. Ya Allah jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-malaikat-Mu, rasul-rasul-Mu dan hamba-hamba-Mu yang salih. Ya Allah hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai. Ya Allah jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredaan-Mu.”

Tuesday, December 18, 2012

Impian Menjadi Kaya


Aku bukan kaya
walau ada ketika berimpian serupa
hati terpana dengan dunia
jiwa ada ketika meronta
malihat kemewahan didepan mata
kaya bukan semudah disangka
perlu usaha dengan jaya
ia bukan seperti skim cepat kaya
duduk bersila duit diriba

Kaya bukan sebarang kaya
kaya harta impian semua 
kaya begini tidak seindah kata
adakala dihina dinista
menjadi ulam kepada hasad dan dengki 
kaya jiwa pula
tidah mudah mencapainya
adakala diuji pelbagai cara
berkorban seikhlasnya
mengharap balasan tidak sekali
kerana cinta kepadaNya semata-mata

Aku mahu kaya
menjadi warga yang kenal diri
memberi dam memanfaat buat semua
bukan semata dengan harta benda
bukan sekadar mencurah idea
bukan hanya membanting tenaga
tapi aku mahu kaya jiwa kaya spiritual
menjadi tangga menuju syurga
Amen


Nukilan 
Ummu Eiman Ihsan



Mencari Keberkatan Hidup : Kerja dan Tanggungjawab

Banyak perkara yang ingin dikongsi, tapi masa sungguhnya menghambat diri untuk menyelesaikan banyak perkara yang tidak terlangsai. Di kesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit tentang pekerjaan dan tanggungjawab yang saya perhatikan ramai yang terlepas pandang. Apabila menyebut tentangp pekerjaan, ia amat berkait dengan punca rezeki, dari situ kita makan minum serta menyara keluarga. Maka bagi memastikan ianya berkat, halal, serta menjamin segalanya maka sudah pasti kita mencari pekerjaan yang halal.

Bagi yang sudah mempunyai pekerjaan yang halal, maka halal itu tidak cukup kerana adalagi perkara lain yang mana bersangkut dengan tanggugjawab. Apabila kita menyandang satu-satu jawatan, maka sudah pasti ia datang bersama tugas dan tanggungjawab. Maka cuba kita selidiki bidang tugas kita, adakah apa yang kita lakukan sudah sempurna mengikut kriteria kerja dan bidang tugas kita. Sebagai contoh yang mudah, pekerjaan seorang guru dilihat sebagai satu tugas yang murni. Tetapi akan menjadi murnikah tugasan itu sekiranya guru tidak masuk kelas serta tidak mengajar palajar dengan bersungguh-sungguh sebagaimana sepatutnya. Maka bagaimana dengan pendapatan yang diperoleh dari pekerjaan tersebut. 

Sama juga dengan yang bergelar pensyarah, mungkin ada tugasan mengajar dan ada juga tugasan menyelia pelajar. Maka jika tugasan mengajar itu dipenuhi tetapi tugasan menyelia itu tidak dilaksanakan, maka bagaimana dengan pendapatan yang diperolehi itu berkat? Begitu juga dengan tugasan seorang kerani, jika banyak masa diisi dengan bersembang, berfacebook serta melayan kopi di warung berjam-jam,, bagaimana dengan pendapatan yang dibawa kepada keluarga mereka? Apa yang saya nyatakan ini bukan hanya semata-mata pekerjaan guru, pensyarah, kerani, tukang kebun, tetapi semua bidang pekerjaan yang ada. 

Adalaka kita merungut dan bertanya kenapa musibah menipmpa? Kenapa anak-anak tidak mahu mendengar kata? Mengapa rumahtangga kita tidak sebahagia orang lain? Kenapa kita sering merasa resah dan gelisah? Kenapa rezeki kita susah dibandingkan orang lain? Maka adakalanya kita perlu muhasabah dan bertanya serta meneroka perjalanan kehidupan sendiri. Berkemungkinan semua itu disebabkan ada tanggungjawab yang tidak kita selesaikan. Ingatlah tanggungjawab itu besar, ia adalah AMANAH ke atas diri kita. Mungkin hari ini kita boleh terlepas, tiada siapa yang mengawasi, tiada siapa yang boleh mengambil tindakan. Percayalah Allah mencatiti segala perkara. Kita sebenarnya sedang menganiya diri sendiri. 
Wallahuaalam  

Monday, December 17, 2012

Mengelak Diri Dari Lalai


Perkara yang boleh Mengelakkan Kelalaian ialah;
1. menghadirkan diri ke majlis ilmu,
2. berdiskusi dan bermuzakarah dengan orang soleh
3. mengatakan perkara baik pada orang sekeliling kita 
4. berdoa pada Allah supaya kita suka melakukan ketaatan.

Tips Mendidik Anak-Anak


Renungan bersama...

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali mena

mpar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


Dipetik dari FB

Saturday, December 15, 2012

Wanita dan Maruah Diri


Perjalanan merentas benua akan menemukan kita dengan pelbagai perkara yang tidak pernah kita jumpa. Adakala perkara itu begitu terbuka dibanding dengan tempat kita. Ada yang sudah terbiasa mungkin bukan lagi satu kejutan. Sewaktu saya dan pasangan serta sahabat kami yang juga pasangan suami isteri melalu jalan yang popular dengan panggilan Rhu De Barabas, tiba-tiba terpandang seorang wanita dalam cermin kaca... 
Sewaktu itu saya sedikit terkejut terutama bila si dia dalam cermin kaca melambaikan tangannya kepada kami. waktu itu pasangan kami berjalan di depan, rupanya sahabt saya juga perasan. lalu memandang saya. Apa yang paling kelakar suami sahabat saya juga terpandan akhirnya. Rasanya tidak perlu saya jelaskan keadaan dan situasi, tetapi apa yang boleh saya rumuskan alangkah malangnya apabila wanita menjadi mangsa eksploitasi dan hamba seks. Masalahnya ia begitu ketara dan amat terbuka. Bahkan seperti mempamerkan makanan atau brangan. 
Kedatangan Islam sesungguhnya memartabatkan kaum wanita dari menjadi mangsa kepada nafsu lelaki. Tetapi ia ditidakkan oleh mereka yang tidak mahu menerima hakikat. Sungguh di dunia sini, wanita dilihat begitu murah harganya. Mungkin di malaysia ia berlaku tetapi ada juga yang secara sengaja mahu memperdagangkan diri demi kemewahan hidup hingga sanggup menggadai segala yang ada. 

Selepas berangkat ke destinasi yang lain ,seorang sahabat yang pernah tinggal di bandar tersebut bertanya, "seronok ke berjalan-jalan menyusur jalan Rhu De Barabas, ada nampak yang di sebalik cermin?".. oh..bila diajukan soalan itu baru saya maklum bahawa ia adalah syurga dunia bagi yang mengejar fantasi dunia. 
Wahai wanita, martabat kita diangkat oleh Rasulullah sewaktu zaman jahiliyah, kenapa kita memilih untuk menghinakan diri dengan sengaja berpakaian yang menjolok mata, memperagakan kecantikan, memperlihatkan yang rahsia... walhal kita bergelar wanita muslimah. Adakah kita islam sekadar nama? 
Wallahuaalam. 

Friday, December 14, 2012

Punca Anak-Anak Bermasalah, Salah Siapa?


Sibuk atau buat-buat sibuk.. itulah jawapan saya kepada kawan-kawan yang bertanya kenapa lama menyepi. Sebenarnya ramai yang tidak tahu hampir seminggu lebih saya bercuti. Setelah balik bercuti banyak pula perkara yang perlu dibereskan. Maka seperti banyak perkara yang mahu dikongsi di dalam blog ini juga terbantut. Apapun hari ini saya disapa oleh sahabat bartanyakan tentang peranan dan prioriti ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Saya rasa topik ini memang amat penting yang perlu sentiasa kita titik beratkan. Kami berdiskusi tentang isu tersebut. Apa yang boleh saya simpulkan dari diskusi tersebut, bahawa sebagai ibu bapa sibuk bagaimanapun dengan kerja sudah pasti keluarga adalah perkara utama. 

Memperkatakan tentang keluarga, ramai dikalangan kita mengambil jalan mudah untuk membesarkan anak-anak seperti bagi memastikan anak-anak diam atau tidak menganggu tugasan maka anak diberi gadjet, permainan internet yang melekakan mereka hingga akhirnya komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak tiada. Masing-masing sibuk dan tengelam dalam dunia tersendiri. 

Begitu juga apabila sudah terlalu sibuk dengan kerja, maka ibu bapa mengambil mudah dalam hal pemakanan. Anak-anak yang lapar dibelikan makanan segera. Alasan mereka anak-anakl lebih gemar makan segera. Persoalannya siapa yang mendidik mereka untuk suka makan sebegitu jika bukan ktia yang mengasuh mereka menjadi suka dan gemar makana seperti KFC, McD dan sebagainya. Jika seorang ibu sering memastikan pemngambilan makanan berkahsiat untuk anak-anak maka sudah pasti walau sesibuk mana pun kita maka kita tetap meluangkan masa untuk memasak buat keluarga. 

Percayalah, masakan ibu bukan sekadar resepi biasa, ia mampu menghubungkan satu perasaan murni antara si anak dan si ibu. Kita sering memperkatakan isu masalah sosial dikalangan remaja. Masalah anak-anak tidak mahu mendengar kata dan sebagainya. Salah satu sebab ia bermlua dari rumah, jika ibu bapa boleh memupuk hubungan yang baik dan telus dengan anak-anak maka sudah pasti anak-anak akan menghargai ibu bapa mereka. Jangan merungut jika anak kita bermasalah, apa yang perlu muhasabh perjalanan kita dalam mendidik dan membesarkan mereka. Pasti kita boleh melihat puncanya... 
Wallahuaalam.

Tuesday, December 11, 2012

Senja Mengamit Duka

Senja yang tiba
Mengamit lukaku semula
Menambah lara kerinduan
Pada Yang Maha Pencipta
Apakah masih ada ruang
Buat diriku peminta hina
Mohon rahmat dan barakah
Mengisi perjalanan sukar
Penyeri pendakian
Penuhliku dan cabaran
Moga senja yang berlabuh
Bakal membawa sinar baru
Jika masih ada esok buatku...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

Remaja dan Kematangan Berfikir

Apa yang berbeza antara kita adalah kematangan.Ada orang yang menempuh pada usia yang sama tapi memilki pengalaman dan kematangan berbeza. Seperti remaja yang meniti usia 17 tahun ada yang masih tercari-cari identiti diri serta tidak tahu matlamat dan arah tuju.Mereka seringkali tidak dapat membuat keputusan yang wajar serta mudah terkesan dengan cabaran.

Namun ada remaja diusia yang sama tetapi sudah boleh berdiri sendiri.Tahu apa yang mereka mahu,melihat cabaran sebagai peluang,bahkan melihat masalah sebagai batu loncatan untuk berjaya.Remaja sebegini menjadikan tanggungjawab yang perlu digalas sebagai pengalaman hebat dalam hidup.

Remaja yang matang sebelum usia adalah mereka yang tahu membuat timbang tara baik buruk sesuatu perkara. Maka remaja yang bagaimana kita mahu jadi seringkali terbentuk oleh pendidikan serta faktor sekeliling.Kita yang memilih suasana dan orang-orang bagaimana yang mencorakkan pemikiran kita.Tepuk dada tanya iman.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

Perjalanan Mengajar Cara Hidup

Alhamdulillah.. selamat tiba akhirnya di bumi bertuah setelah mengembara mencari pengalaman. Perjalanan kali ini banyak mengutip pengalaman kerana banyak negara yang dilawati. Segala kemudahan sepanjang perjalanan yang diberi Allah tidak dapat digambarkan rasa kesyukurannya. Begitu juga peluang yang Allah beri untuk menikmati alam ciptaanNya tidak dapat dinafikan.. betapa kerdilnya diri ini menerima anugerah ini. 
Misi perjalanan kali ini lebih kepada mahu melihat keindahan alam dan mencari idea unutk penulisan. Ternyata banyak perkara yang boleh dijana dijadikan sumber inspirasi diri, terutamanya dalam hal berkaitan cara hidup. Sesungguhnya apabila melihat cara hidup yang berbeza antara diri sendiri dan orang lain yang bukan sebangsa juga bukan seagama pasti ada perbezaannya. 
Adakala kehidupan yang ringkas itu lebih mudah, namun kenapa kita memilih unutk menjadikan cara hidup kita lebih complicated, walhal Islam tidak mengajar kita begitu. Bukan mudah mahu berubah cara hidup yang lebih murni dan mempunyai nilai Islam sebenar. Islam tidak mengajar kita untuk menunjuk-nunjuk tapi kita secara tidak sedar suka menunjuk-nunjuk. Maka ia menyebabkan diri tanpa sengaja mahu berlumba menonjolkan apa yang dirasakan lebih.. Maka kita menjadi mangsa kepada sifat haloba dan tamak, maka timbul juga sifat irihati. Jika cara hidup yang ringkas dan sederahana boleh diubah maka setidaknya kita berjaya menutup ruang kepada sifat yang tidka baik tersebut. Mari menilai bagaimana cara hidup kita sekarang? Adakah kita sudah mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.