Hari ini seorang hamba Allah yang bergelar isteri kedua bertanya saya bagaimana dia harus mempertahankan rumahtangga yang ada kerana nafkah yang diberi oleh suami semakin sedikit. Bahkan banyak perkara lain yang beliau sendiri terpaksa menanggung, itu belum masuk giliran yang diberi. Dia pula sejak berkahwin tidak diterima keluarga mertua. Manakala keluarga sendiri memandang suami sebelah mata kerana suami bukan pilihan keluarga. Dia dalam dilemma sama ada mahu bercerai atau meneruskan hubungan ini. Bahkan katanya tahun ini sahaja sudah 3 kali dia meminta cerai dari suami. Manakala suami pula masih tidak menceraikan kerana bimbang hidupnya nanti akan terumbang ambing. Si isteri ini pula tidak berpuas hati kerana suami kurang menjaga ibadat. Menurut si isteri kawannya ada yang bercerai dan perkahwinan kali ke dua memberi kebahagiaan.
Apa jawapan saya? Saya tiada jawapan kerana semuanya bergantung kepada diri. Cuma saya persoalkan kepada beliau beberapa perkara iaitu:
1. Bersediakah bergelar ibu tunggal/janda?
2. Bersediakah dengan pandangan masyarakat terhadap status itu/
3. Jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan suami orang sekali lagi sanggupkah?
4. Jika suami baru tidak bersedia menerima anak yang ada sekarang bagaimana?
5. Adakah suami yang ada sekarang kaki pukul, minum arak atau sangat buruk perangainya hinnga kita sudah tidak tertahan?
6. Adakah kita yakin akan bertemu jodoh, dan jika tidak sanggupkah sendirian?
7. Adakah makan pakai kita terpaksa dicatu dek kerana suami mengurangkan nafkah?
8. Andai bercerai adakah suami akan bagi nafkah kepada anak?
Apabila diberi persoalan begitu maka dia berfikir dan menjawab satu persatu bahawa jika diberi peratusan ternyata lebih baik tidak bercerai.Maka sebab itu kita perlu buat timbang tara dengan melihat dari sudut yang positif. Focuslah kepada membahagiakan rumahtangga yang dibina sekrang ini. Tetapkanlah matlamat untuk mencari redha Allah, maka jika suami mengabaikan tanggungjawab maka dia menaggung doasanya. Doalah agar apa yang kita perbuat dan segala pengorbanan Allah limpahkan rahmat buat kita. Bahagia bukan pada suami, bahagia adalah pada ketenangan dalam diri. Bahagia saat kita bersamaNya.
Wallhuaalam
No comments:
Post a Comment