Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, December 21, 2012

Ibu Tunggal: Kejayaan Bukan Kerana Status



Menjadi ibu tunggal bukanlah tugas mudah, ia merupakan satu cabaran yang bersar bagi individu yang memegang titile tersebut. Seringkali kita mendengar ibu tunggal dilabel sebagai perampas suami orang, anak-anak mereka dilihat sebagai bermasalah. Bukan itu sahaja, ada segelintir yang dipulaukan oleh masyarakat.  Ibarat pepatah ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’. Dek kerana ada ibu tunggal yang melakukan perkara yang tidak baik maka mereka yang lain juga dilabel sedemikian.
Wajarkah masyarakat memperlakukan ibu tunggal begitu? Mereka tidak minta untuk menjadi ibu tunggal, dikalangan mereka ada yang ditinggalkan suami kerana berlaku perceraian dan ada juga yang suami meninggal. Apabila seorang diri memikul tugas membesarkan anak-anak, maka cabaran inilah yang terpaksa dipikul. Bagi yang melihat merasa mudah tetapi tidak pada yang menanggungnya.
Anggapan segelintir masyarakat terhadap golongan ibu tunggal sudah pasti tidak semuanya tepat ini kerana ramai mereka yang bergelar ibu tunggal ini muncul menjadi terbaik. Mereka Berjaya menjadi ikon kepada masyarakat. Kejayaan mereka dalam pelbagai bidang mejadi bukti bahawa ibu tunggal mempunyai semangat dan kegigihan yang tinggi untuk hidup bahagia. Mereka ini berjaya kerana ada keinginan yang tinggi mahu meningkatkan diri dan keluarga serta mahu berubah corak kehidupan kea rah yang lebih baik. Mereka mahu membuktikan bahawa anak-anak mereka juga boleh Berjaya sebagaimana anak-anak orang lain.
Kita boleh lihat ada pelbagai cabang dan bidag diceburi oleh ramai ibu tunggal membuktikan mereka boleh Berjaya dan bergerak seiring dengan orang lain. Biarpun terpaksa memikul beban sebagai ibu dan ayah dalam satu masa, tetapi mereka ini mampu memberi contoh dan mengimbangi tugasan mereka dengan jayanya. Bagi mereka yang bergelar ibu tunggal moga terus tabah melayari bahtera hidup. Sesungguhnya keyakinan yang teguh dan berani menghadapi cabaran serta percaya kepada kebolehan adalah pemangkin semangat berterusan.

No comments:

Post a Comment