Banyak perkara yang ingin dikongsi, tapi masa sungguhnya menghambat diri untuk menyelesaikan banyak perkara yang tidak terlangsai. Di kesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit tentang pekerjaan dan tanggungjawab yang saya perhatikan ramai yang terlepas pandang. Apabila menyebut tentangp pekerjaan, ia amat berkait dengan punca rezeki, dari situ kita makan minum serta menyara keluarga. Maka bagi memastikan ianya berkat, halal, serta menjamin segalanya maka sudah pasti kita mencari pekerjaan yang halal.
Bagi yang sudah mempunyai pekerjaan yang halal, maka halal itu tidak cukup kerana adalagi perkara lain yang mana bersangkut dengan tanggugjawab. Apabila kita menyandang satu-satu jawatan, maka sudah pasti ia datang bersama tugas dan tanggungjawab. Maka cuba kita selidiki bidang tugas kita, adakah apa yang kita lakukan sudah sempurna mengikut kriteria kerja dan bidang tugas kita. Sebagai contoh yang mudah, pekerjaan seorang guru dilihat sebagai satu tugas yang murni. Tetapi akan menjadi murnikah tugasan itu sekiranya guru tidak masuk kelas serta tidak mengajar palajar dengan bersungguh-sungguh sebagaimana sepatutnya. Maka bagaimana dengan pendapatan yang diperoleh dari pekerjaan tersebut.
Sama juga dengan yang bergelar pensyarah, mungkin ada tugasan mengajar dan ada juga tugasan menyelia pelajar. Maka jika tugasan mengajar itu dipenuhi tetapi tugasan menyelia itu tidak dilaksanakan, maka bagaimana dengan pendapatan yang diperolehi itu berkat? Begitu juga dengan tugasan seorang kerani, jika banyak masa diisi dengan bersembang, berfacebook serta melayan kopi di warung berjam-jam,, bagaimana dengan pendapatan yang dibawa kepada keluarga mereka? Apa yang saya nyatakan ini bukan hanya semata-mata pekerjaan guru, pensyarah, kerani, tukang kebun, tetapi semua bidang pekerjaan yang ada.
Adalaka kita merungut dan bertanya kenapa musibah menipmpa? Kenapa anak-anak tidak mahu mendengar kata? Mengapa rumahtangga kita tidak sebahagia orang lain? Kenapa kita sering merasa resah dan gelisah? Kenapa rezeki kita susah dibandingkan orang lain? Maka adakalanya kita perlu muhasabah dan bertanya serta meneroka perjalanan kehidupan sendiri. Berkemungkinan semua itu disebabkan ada tanggungjawab yang tidak kita selesaikan. Ingatlah tanggungjawab itu besar, ia adalah AMANAH ke atas diri kita. Mungkin hari ini kita boleh terlepas, tiada siapa yang mengawasi, tiada siapa yang boleh mengambil tindakan. Percayalah Allah mencatiti segala perkara. Kita sebenarnya sedang menganiya diri sendiri.
Wallahuaalam
No comments:
Post a Comment