Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, December 20, 2012

Demi Satu Persahabatan


Salam Ukhuwwah,
Persahabatan yang berpaksikan ketulusan dan keikhlasan pasti akan berpanjangan. Ini kerana kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Pagi ini saya menerima panggilan telefon dari orang yang sudah begitu lama saya terputus hubungan. Beberapa bulan yang lalu suami saya menerima sms yang beliau mendapat serangan angin ahmar sewaktu di Mekah. Apabila kami mahu menghubungi beliau sudah balik dan saya pula tiada nombor telepfon beliau dan pasangan. Hati sentiasa teringat-ingat. Perkenalan saya dan beliau adalah kerana kami ditakdirkan berteduh di hotel yang sama sewaktu menunaikan haji. Hampur sepuluh tahun masa berlalu kami terpisah oleh waktu dan keadaan dan kesibukan masing-masing. Saya pernah berkunjung ke rumah beliau.

Pertemuan kami dengan beliau dan suami amat indah. Ditakdirkan sewaktu haji tersebut kami seramai sepuluh keluarga di tempatkan dihotel yang sama oleh pihak travel agensi. Sejak dari itu kami memang menjadi akrab walaupun mempunyai latar belakang yang berbeza. Ada yang bergelar datuk, doktor, akauntan, pensyarah dan pelbagai profession tetapi indahnya kami seperti mempunyai chemistry.Paling menarika kami yang paling muda pada waktu itu. Walaupun masih muda dibanding mereka semua tetapi mereka melayan kami dengan baik, kebetulan saya membawa ibu bersama untuk menunaikan haji kali kedua.

Boleh kata peringakt awal kami setiap kali ada kenduri walaupun jauh tetapi kami tetap menghadirkan diri bersama-sama. Dalam pada itu sudah ada dua orang yang meninggal dunia. Namun hubungna sedia ada walaupun utuh tetapi kehidupan sebagaimana saya katakan sering dihambat kesbukan dan juga komitmen yang sedia ada maka kami jarang bertemu. Hati saya sering teringat-ingat, hujung tahun lepas kami sempat bertemu di hotel Concorde sempena perkahwinan anak salah seorang dari kami, ibu saya saya bawa bersama. Pertemuan ini sekali lagi merapatkan ukhuwwah antara kami, tapi malangnya sahabat saya ini tidak dapat hadir. Bila diberitakan beliau sakit tenat, maka saya seperti menyatakan dan menyalahkan pada diri kerana tidak berusaha menghubungo beliau sewaktu beliau sihat. Lebih malang lagi banyak nombor telefon sahabat hilang bila telefon hilang dicuri.

Hari ini Allah mendengar doa saya selama ini. Beliau juga hilang no telefon saya, tetapi setelah beliau sihat,boleh berjalan dan bercakap semula maka beliau berusaha mencari dan cuba menghubungi saya. Rasa gembira tidak terkata. Allah masih panjangkan nyawa kami untuk bersama menjalin silaturrhaim semula. Pada anda, jika ada saudara mara, sahabat handai yang lama tidak kita hubungi maka ambillah masa untuk bertanya khabar sebelum kita atau mereka pergi mengadap yang Esa.
Wallhuaalam.

No comments:

Post a Comment