Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, December 11, 2012

Perjalanan Mengajar Cara Hidup

Alhamdulillah.. selamat tiba akhirnya di bumi bertuah setelah mengembara mencari pengalaman. Perjalanan kali ini banyak mengutip pengalaman kerana banyak negara yang dilawati. Segala kemudahan sepanjang perjalanan yang diberi Allah tidak dapat digambarkan rasa kesyukurannya. Begitu juga peluang yang Allah beri untuk menikmati alam ciptaanNya tidak dapat dinafikan.. betapa kerdilnya diri ini menerima anugerah ini. 
Misi perjalanan kali ini lebih kepada mahu melihat keindahan alam dan mencari idea unutk penulisan. Ternyata banyak perkara yang boleh dijana dijadikan sumber inspirasi diri, terutamanya dalam hal berkaitan cara hidup. Sesungguhnya apabila melihat cara hidup yang berbeza antara diri sendiri dan orang lain yang bukan sebangsa juga bukan seagama pasti ada perbezaannya. 
Adakala kehidupan yang ringkas itu lebih mudah, namun kenapa kita memilih unutk menjadikan cara hidup kita lebih complicated, walhal Islam tidak mengajar kita begitu. Bukan mudah mahu berubah cara hidup yang lebih murni dan mempunyai nilai Islam sebenar. Islam tidak mengajar kita untuk menunjuk-nunjuk tapi kita secara tidak sedar suka menunjuk-nunjuk. Maka ia menyebabkan diri tanpa sengaja mahu berlumba menonjolkan apa yang dirasakan lebih.. Maka kita menjadi mangsa kepada sifat haloba dan tamak, maka timbul juga sifat irihati. Jika cara hidup yang ringkas dan sederahana boleh diubah maka setidaknya kita berjaya menutup ruang kepada sifat yang tidka baik tersebut. Mari menilai bagaimana cara hidup kita sekarang? Adakah kita sudah mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar. 

No comments:

Post a Comment