Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, December 15, 2012

Wanita dan Maruah Diri


Perjalanan merentas benua akan menemukan kita dengan pelbagai perkara yang tidak pernah kita jumpa. Adakala perkara itu begitu terbuka dibanding dengan tempat kita. Ada yang sudah terbiasa mungkin bukan lagi satu kejutan. Sewaktu saya dan pasangan serta sahabat kami yang juga pasangan suami isteri melalu jalan yang popular dengan panggilan Rhu De Barabas, tiba-tiba terpandang seorang wanita dalam cermin kaca... 
Sewaktu itu saya sedikit terkejut terutama bila si dia dalam cermin kaca melambaikan tangannya kepada kami. waktu itu pasangan kami berjalan di depan, rupanya sahabt saya juga perasan. lalu memandang saya. Apa yang paling kelakar suami sahabat saya juga terpandan akhirnya. Rasanya tidak perlu saya jelaskan keadaan dan situasi, tetapi apa yang boleh saya rumuskan alangkah malangnya apabila wanita menjadi mangsa eksploitasi dan hamba seks. Masalahnya ia begitu ketara dan amat terbuka. Bahkan seperti mempamerkan makanan atau brangan. 
Kedatangan Islam sesungguhnya memartabatkan kaum wanita dari menjadi mangsa kepada nafsu lelaki. Tetapi ia ditidakkan oleh mereka yang tidak mahu menerima hakikat. Sungguh di dunia sini, wanita dilihat begitu murah harganya. Mungkin di malaysia ia berlaku tetapi ada juga yang secara sengaja mahu memperdagangkan diri demi kemewahan hidup hingga sanggup menggadai segala yang ada. 

Selepas berangkat ke destinasi yang lain ,seorang sahabat yang pernah tinggal di bandar tersebut bertanya, "seronok ke berjalan-jalan menyusur jalan Rhu De Barabas, ada nampak yang di sebalik cermin?".. oh..bila diajukan soalan itu baru saya maklum bahawa ia adalah syurga dunia bagi yang mengejar fantasi dunia. 
Wahai wanita, martabat kita diangkat oleh Rasulullah sewaktu zaman jahiliyah, kenapa kita memilih untuk menghinakan diri dengan sengaja berpakaian yang menjolok mata, memperagakan kecantikan, memperlihatkan yang rahsia... walhal kita bergelar wanita muslimah. Adakah kita islam sekadar nama? 
Wallahuaalam. 

No comments:

Post a Comment