Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, December 28, 2012

Kembali ke Sekolah

Cuti persekolahan sudah sampai ke penghujung, ibu bapa pasti tak menang tangan mengurus keperluan anak-anak untuk menghadapi tahun baru persekolahan. Pastinya budget untuk mereka juga menjadi agenda utama untuk memastika semuanya mencukupi. Anak-anak saya sendiri seperti tidak senang duduk dan teruja kerana tahun baru yang bakal tiba menjadi tahun penting kerana ke duanya bakal menduduki peperiksaan SPM dan PMR pada 2013. Bagi memastikan keperluan mereka mencukupi dan semuanya tersedia, saya memilh untuk membeli lebih awal segala peralatan dan kelengkapan sekolah.


Esok yang sulong akan berangkat ke asrama. Walaupun sekolah belum rasmi di buka tetapi beliau bakal meraikan pelajar baru yang masuk maka terpaksa pulang awal ke sekolah. Manakala si adik sudah ada program kepimpinan hari ini di sekolah untuk semua pengawas yang bakal bertugas pada 2013. Pendek kata, belum pun tahun ini berakhir tetapi program sudah pun berjalan. bahkan guru-guru juga walaupun cuti tapi seperti tidak cuti kerana terpaksa hadir ke sekolah.
Biar apapun kesibukan dan cabaran serta tanggungjawab yang bakal digalas pada 2013 moga-moga anak-anak yang menempuh tahun baru alam persekolah akan melangkah dengan penuh azam untuk memastikan pulang dengan kejayaan.

No comments:

Post a Comment