Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, February 14, 2013

SUAMI SOLEH

Siapa tak kenal dengan Ustaz Kazim. Dari you tube ke persada media TV dan sudah bergelar ustaz selebriti.Saya sendiri seronok mendengar ceramah beliau. Semalam saya sempat menonton di TV ceramah bertajuk SUAMI SOLEH. Sebut suami soleh siapa tak nakkan? Bila tanya wanita yang jadi GRO,bohsia sekalipun akan menyatakan mahu suami yang Soleh, dengan kata lain suami yang baik,prihatin,bertanggungjawab,beradab dan sebagainya. Mudahkah mendapat suami yang soleh? Tiada yang mustahil kerana Allah menjanjikan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.

Menurut Ustaz Kazim, suami yang soleh adalah lebih kepada bagaimana suami melayani isteri. Ada suami yang bersikap panas baran dari muda hingga ke tua, ada yang tidak bertanggungjawab dalam memberi nafkah kepada keluarga dan paling penting bagaimana suami melayani isteri. Ada yang mengambil endah tak endah atau bersikap tidak acuh dengan keluarga.Ada suami yang begitu payah mahu memberikan senyuman walhal bila bersama rakan boleh pula ketawa dan mengilai. Itu belum lagi bercerita tentang suami yang usia sudah lanjut tapi masih gian bermain cinta.Akhirnya rumahtangga berantakan dihujung usia.

Suami soleh ibarat permata bersinar buat isteri. Maka jika anda tidak bernasib baik dan dianugerah Allah suami sebagaimana kategori di atas,maka banyakkan berdoa dan bermunajat kepada Allah agar suami berubah. Dalam pada itu jangan terlalu mengharap dan mahu suami kita menjadi terbaik dan membuat perbandingan dengan suami orang lain.Kehidupan ini sementara, terimalah suami itu seadanya. Ingat pahala dan dosa dikira berasingan.Jangan fikirkan orang lain hingga mengabaikan diri sendiri. Tingkatkan amalan diri agar kita dirahmati Allah.
Wallahuaalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment