Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, February 20, 2013

Kaunseling: Kerjaya Dan Cabaran

Adakalanya bila berfikir tentang kerjaya segelintir individu tidak tahu apa yang mereka ingin jadi. Apabila memhon sesuatu pekerjaan mereka hanya berfikir untuk mendapatkan gaji. Cara kerja mereka dan pencapai juga biasa-biasa. Ada ketikanya minat untuk bekerja menurun dan seringkali bertukar kerjaya.Alasan akan diberi namun tiada satu alasan berkait dengan diri sendiri kerana puncanya adalah luaran.



Realitinya inilah cabaran kerjaya. Individu merasa keliru dan tidak tahu bagaimana mahu meningkatkan prestasi kerjaya mereka.Akhirnya ia membentuk sikap negatif seperti malas,kurang motivasi kerja,cepat marah,bertangguh kerja, konflik bersama rakan sekerja dan pelbagai lagi. Ini secara tidak langsung memberi beban dan masalah kepada organisasi.

Cabaran dalam kerjaya sentiasa ada. Bagi mengelak sesuatu yang buruk hingga memberi kesan kepada individu itu sendiri atau orang sekeliling maka pekerja perlu disuntik motivasi, diberi kemahiran dan juga kesedaran kerjaya. Ada majikan yang sekadar berfikir tentang keuntungan hingga lupa kebajikan pekerja. Bila ada pekerja bermasalah ia dipandang remeh. Walhal disinilah peranan Kaunseling Kerjaya dalam membantu individu yang berdepan masalah dalam Kerjaya. Solusi yang diperoleh dapat membantu seseorang untuk tahu potensi diri dan mengatasi kelemahan yang ada.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment