Contoh jika kita tidak pernah ada pengalaman terpaksa berjalan di tengah jalan kiri kananya hutan seorang diri kerana kereta anda kehabisan minyak..(bagi wanita seperti saya ia memang saat genting), sama juga jika anda bersampan di tengah sungai, tiba-tiba anda terjatuh pendayung tanpa sengaja.. atau mungkin juga ada tertidur sewaktu transit di Dubai untuk pulang ke Malayasia..sedangkan barangan anda bersama pasangan anda.. Agaknya dalam keadaan begini apa yang kita ingat dan fikirkan? Adakah kita akan panik bila terpaksa berdepan saat genting itu, adakah kita akan menjadi creative atau kita dalam ketakutan yang maat sangat.. Apapun keadaanya.. saat genting seperti ini, tidak sama saat genting bila Allah mahu mengambil nyawa kita.
Berbalik kepada persoalan di atas tentang pengalaman yang menguji kita bila kali pertama kita menghadapinya pasti ia memberi pengajaran yang besar buat kita. Bila kali seterusnya berlaku perkara sedemikian maka kita pasti lebih tahu cara untuk megatasinya. Kita pastinya akan belajar untuk mengelak dari berlaku perkara yang sama. Itulah yang dikatakan belajar dari PENGALAMAN. Malangnya segelintir kita tidak serik dan tidak mahu berlajar dari pengalaman yang ada... Wallahuaalam
No comments:
Post a Comment