Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, February 5, 2013

Hayati Konsep Memberi

Seringkali kita diseru untuk memberi kerana memberi itu lebih baik dari menerima.Soalnya sanggupkah menghulur, apa yang mahu diberi jika tidak mempunyai apa boleh diberi?Ikhlaskah memberi jika sebetulnya mampu?

Mudah sahaja mengukur keupayaan memberi, iaitu menilai apa yang sudah kita miliki dan melihat pada mereka disekeliling kita yang tidak mempunyai. Memberi pastinya lebih dinilai pada sudut material. Sebenarnya konsep memberi mencakupi banyak perkara seperti memberi masa yang berharga melawat seseorang yang ditimpa musibah,memberi idea pada rakan yang memerlukan, memberikan tenaga pada jiran tetangga, Pendek kata untuk memberi banyak perkara boleh diberi, tetapi mudahkan untuk melaksana?



Bila seseorang menagih masa kita beralasan sibuk. Bila material yang ditagih maka jawapannya kita juga belum cukup,Lalu kita diminta menghulur idea berkongsi ilmu,maka kita menyatakan ilmu kita hanya untuk manfaat sendiri.Akhirnya bila diminta menyumbang tenaga kita tanpa segan berkata penat dan lelah masih terasa.

Oleh itu tanyakan diri, sepanjang hidup apa yang boleh di bawa mati, tidakkah yang dibawa itu apa yang kita beri?Kita sejujurnya seringkali menghitung apa yang boleh kita dapat,bukan apa yang boleh kita beri.Renung-renungkan!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment