Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, February 15, 2013

Permintaan Rezeki

Waktu dalam solat iaitu semasa duduk antara 2 sujud dan doa kita seiiap kali selepas solat pastinya tidak akan ketinggalan memohon agat kita dan keluarga dimurahkan rezeki oleh Allah.

Kita boleh meminta apa sahaja asal ianya baik untuk semua.Dalam konteks rezeki pula.mintalah REZEKI yang HALAL dan yang BERKAT.Dua perkataan ini merupakan perkara yang paling penting bila membuat permintaan rezeki kepada ALLAH. Ada ketika kita mohon rezeki yang banyak dan melimpah ruah tanpa memikirkan soal halal dan berkat.



Insan akan diuji dengan rezeki bila mana didatangkan pada mereka sumber rezeki yang haram atau syubhah.Maka bagaimana pendirian kita waktu itu?Adakah nafsu kita akan tergugat dengan hamparan kekayaan berlipat ganda.Sanggupkah kita menggadai maruah dan prinsip kerana mengejar keuntungan dan kesenangan dunia?Maka jawapannya tepuk dada tanyalah iman.

Percayalah, banyak mana sekalipun rezeki yang diperoleh jika ianya dari rezeki yang haram dan tidak berkata maka ia datang dan pergi seperti angin lalu. Datangnya tidak meninggalkan bekas.Tiada manfaat dapat diperoleh. Oleh itu bila meminta rezeki,mintalah Rezeki yang Berkat dan halal serta mampu memberi manfaat untuk dunia dan akhirat kita.Amen.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment