Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, February 19, 2013

Menanti Saat Kejayaan


Membilang hari... menghitung masa.. mengira saat...  itulah bait-bait kata yang mengambarkan betapa diri ini teruja. Teruja untuk memulakan langkah dan membuat satu perubahan yang besar. Sungguh semuanya menuntut satu keberanian dan satu keyakinan. Tetapi sekali melangkah maka sudah pasti semua halangan akan diredah. Bila mahu berubah maka semuanya perlu dilihat mudah. Berbekal doa dan juga tawakkal dalam setiap langkah perjalanan maka hati tidak akan gundah kerana tahu DIA ada bersama-sama.

Itulah madah yang tersusun saat mahu memulakan sesuatu yang baru dalam hidup. Membuat perubahan perlu dengan tindakan yang pantas, tersusun dan berstrategi. Walau berbalam keputusan yang bakal diperoleh, tetapi dengan langkah demi langkah dihayun pasti akan sampai ke destinasi. Keterujaan dalam meulakan sesuatu perkara demi membina semangat dan perasaan seronok serta membuang rasa was was. Keterujaan ini perlu diletakkan sedikit harapan, biarpun tidak seratus peratus untuk memberi rasa positif pada diri. 

Semoga hasilnya akan memberi manfaat buat semua. Semoga usaha dakwah ini akan menjadi bekal di dunia sana. Ya Allah permudahkann kami... Jadikan cita-cita kami menjadi satu realiti dan bukan hanya ilusi minda. Biarlah langkah kami ini berterusan hingga sampai ke destinasi. beri kami kekuatan saat kami teruji, beri kami harapan saat kami telah hampir berputus harap.. Ya Allah ampunkan segala dosa kami.. andai secara tidak disedari kami terleka dalam gembira, kami lupa dalam kesedihan,  untuk mengucap syukur kepada Mu kerana biar apa jua keadaan kami masih diberi iman.. diberi rahmat dan kasih sayang untuk sentiasa hampir kepada Mu..  Berkati perjalanan hijrah ini Ya Rabb.. Ya Zaljajali wal Ikram.
Ameen.

No comments:

Post a Comment