Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, February 27, 2013

Kewajipan Membayar Hutang


Banyak perkara yang sarat di minda bila tidak dicatat maka akan terlupa, itulah saya. Seringkali terdetik sesuatu idea bila tidak dikongsikan maka ia berlalu begitu sahaja. Biarpun belum pasti bernas atau tidak sekurang-kurangnya ia dikongsi bersama. Oleh itu biasakanlah mencatit. Berkongsi tentang mencatit, sememangnya ada dalam Al Quran supaya dicatit perjanjian berkenaaan hutang piutang. Perhatikan kenapa Allah mengingatkan tentang perkara hutang piutang, ini kerana ramainya sekeliling kita susah mahu membayar hutang. Walhal hutang biasanya seseorang inidividu akan ingat. Jarang sekali yang terlupa, jika bimbang terlupa maka catitlah atau pesanlah kepada sesiapa yang hampir. Mana tahu usia hayat kita tidak dijangka maka perlulah berwasiat. 


Tentang hutang piutang, saya berpendapat apabila kita berhutang dengan seseorang maka secara tidak langsung kita akan terhutang budi. Bila terhutang budi maka orang yang memberi hutang dengan tidak ikhlas akan mudah mengeksploitasi diri kita. Oleh itu berusahalah untuk tidak berhutang, jika perlu berhutang bayarlah secepat mungkin. 

Sama juga jika memberi hutang, adakala si pemberi bagai pungguk rindukan bulan, menunggu si penghutang membayar balik hutang. Harapan tinggal harapan, janji tinggal janji. Maka supaya keadaan lebih mudah saya biasanya tidak meletakkan harapan yang tinggi jika memberi hutang kepada orang yang tiada disiplin membayar hutang. Jika rekodnya tidak baik maka untuk beberapa kali kita akan memberi pinjam, tetapi untuk kali yang berikutnya, tiada lagi belas ihsan. Bahkan jika segelintir mereka tidak membayar balik hutang, maka saya akan niatkan sedekah serta berdoa agar Allah menggantikannya dengan cara yang berbeza.

Bila berniaga ada segelintir mengatakan kita tidak boleh terlepas dari berhutang, ia ibarat pusingan. Betulkah begitu? Pada saya ia tidak semestinnya. Ada banyak cara untuk mengelakkan berhutang, juga jika ikhlas membayar ada banyak cara membayar hutang. Ingatlah HUTANG WALAUPUN TIDAK DITUNTUT WAJIB DIBAYAR.

No comments:

Post a Comment