Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, February 26, 2013

Bila Sedekah dipertikai? Dimana Kewajarannya?


Sedang berjalan bersama anak buah untuk makan tengahari kami didatangi dua orang yang berpakaian baju Melayu dan berkopiah memohon sumbangan untuk mendirikan madrasah di Narathiwat, Thailand. Saperti kebiasaan saya hanya membawa beberapa note yang dirasakan cukup untuk kami makan kerana bimbang dengan di ragut peragut jika membawa handbag. Apabila diminta, saya menghulur sedikit yang ada, lalu diberi resit. Perjalanan kami terhenti di depan sebuah klinik. Pak Cik jaga tersebut meleteri saya sambil berkata, "apa yang bodoh sangat bagi mereka tu duit? Mereka tu sindikit." Katanya dengan nada yang keras. Lalu saya jawab dengan berhemah. "tak mengapa pakcik sebab Allah dan janjikan pahala, apa yang mereka buat bukan lagi urusan saya, itu mereka dengan Allah". 


Tidak puas hati dengan jawapan saya, pakcik tersebut menambah" inilah orang kita, memberi tidka bertempat"... panjang lagi leternya, tetapi saya tidak mahu mendengar. Rasa sakit telinga bila kita dikata dengan perkataan bodoh. Saya bukanlah bodoh, tetapi pada saya tidak tidak salah menderma jika kita ikhlas, sememangnya juga kita tidak perlu tahu di mana wang derma itu disalurkan. Juga ada kebenarannya kita tidak boleh memberi sedekah tanpa melihat keadaan mereka. Tapi biarlah segalnya ditentukan Allah. Memang adakala kita tahu yang datang itu tidak dapat dipastikan ketelusan mereka mengutip derma, tetapi berilah atas dasar menunaikan harapan mereka yang meminta seikhlas munkgin walau dengan kadar yang sedikit. Selebihnya biarlah Allah yang mengadili. Kita tidka jatuh miskin atau kaya dengan menghulur. Mereka juga tidak akan kaya jika tidak berkat dalam membuat kebajikan. Hormatlah dengan pendirian orang lain jika kita berbeza cara berfikir. 




No comments:

Post a Comment