Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, February 6, 2013

Pergi Tak Kembali

Teringat saya pada nasyid yang dialunkan bertajuk "Pergi Tak Kembali" saat mendapat berita suami sahabat saya yang tinggal setaman, sama belajar di universiti dulu meinggal dunia. Melihat dia menghantar pesanan kepada rakan-rakan FB saya dapat merasakan kuatnya semangat beliau. Sungguh maut tidak mengenal sesiapa, bila orang yang kita sayang di ambil pergi seperti tidak mahu percaya, seperti tidak boleh menerima. Itulah hakikat kematian. Kita yang tinggal ini perlu menerussan perjuangan. 

Sememangnya perit bergelar ibu tunggal. Saya melihat semua itu dari pengalaman ibu sendiri. Mungkin ada yang memilih untuk mencari pengganti, Tapi tidak semua mahu bebruat demikian . ramai ibu tunggal yang memilih untuk hidup sendiri hingga hujung usia. Mereka sanggup memikul segala tugas sendirian. Cekal dan tabah dengan segala ujian.

Ramai ibu tunggal yang ditemu bual dan ditemui rata-rata mereka ternyata ada kekuatab tersendiri dala mengharung kehidupan. Salah satunya mereka amat kuat berpegang kepada agama. Itulah yang membantu mereka berjaya meneruskan hidup walau dilanda badai ujian. Mereka berdiri dalam senyum walau hati sarat dengan kesedihan. Moga sahabat saya, diberi kekuatan olehNya meneraju hidup sendirian tanpa suami. Saya percaya beliau mampu membesarkan anak-anak, sementelah anak-anaknya anak yang baik dna patuh pada ibu bapa. Moga Allah mencucuri ruh suami beliau dan diampuni segala dosa serta ditempatkan di syurga.Ameen.




No comments:

Post a Comment