Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, February 13, 2013

Wanita Muslimah dan Perniagaan


Lama saya tidak berkesempatan menulis di sini dek kerana bercuti dan melayan keluraga, dalam masa sama saya sibuk menyiapkan dan mengedit buku Tokoh usahawan Muslimah yang sudah pun lelepasi masa yang perlu saya submit. Namun di kesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit tentang pengalaman saya bertemu wanita-wanita yang hebat mencipta kejayaan dalam perniagaan serta bersemangat dalam mengejar impian. Salah seorangnya sahabat saya yang sama bersekolah menengah MM dan sama belajar di Universiti dan sekarang ini kami sama aktif dalam satu Yayasan Kebajikan. Bila bercerita tentang perniagaan, beliau seorang yang percaya pada apa yang mahu diusahakan dan penuh dengan strategi. Orangnya sangat simple dan ringkas walaupun bergelar CEO kepada syarikat yang gah. Beliau juga sangat menitik beratkan agama dalam apa jua hal. Biarpun sudah gah dengan pelabagi jenis perniagaan tidak lama lagi beliau bakal membuka sebuah cafe dan juga pasaraya. Kegigihan beliau dalam melaksanakan misi perniagan serta dalam masa sama menjadi ibu kepada lima orang anak sudah pasti boleh dicontohi oleh ramai wanita di luar sana. 

Kesimpulannya menulis buku tentang perniagaan, berkenalan dengan orang-orang yang berjaya dalam pelbagai jenis perniagaan dan pelbagai latar belakang banyak memberikan pengalalam dan pengajaran pada diri sendiri. Sungguh berniaga itu perlukan kesabaran, serta teguh dengan prinsip. Saya mendoakan agar mereka yang semua dilimpahi rahmat dan memperoleh rezeki yang berkat. kepada  sahabat saya Ramlah, moga maju jaya dalam perniagaan yang baru diceburi. Saya berbangga mepunyai rakan yang ada semangat berniaga. Seomga boleh mencipta kejayaan sebagaimana Saidatina Khadijah. 
Ameen.  
  

No comments:

Post a Comment