Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, February 7, 2013

Diari Seorang Penulis : "A Silent Income"


Salam ukhuwwah, semoga datangnya Jumaat penghulu segala hari memberi barakah dan rahmat buat kita semua. 

Saya terpanggil untuk menulis tentang tajuk di atas kerana semalam saya terbaca dalam post FB penulis sejarah terkenal iaitu Pak Latip di FB beliau. Menurut beliau ada satu novel yang dikarang oleh beliau mendapat anugerah sayembara pada 2009, dam pada 2010 terjula sebanyak 24 naskah. Royalti yang diperoleh adalah pada 2013 berjumlah sebanyak RM60 +++ )saya lupa angka sebenar tetapi tidak samapi pun RM70.00. 


Disebalik pernyataan tersebut perlu kita faham bahawa menulis adakalanya tidak menjana income yang besar sekiranya ia tiada promosi atau apa yang kita tulis biarpun bermanfaat serta berkuatiti. Semua ini bergantung kepada nasib dan rezeki. Namun paling utama menjadi penulis perlu tahu tujuan menulis. bagi anda yang sudah mengenali Pak Latip pastinya tahu bahawa beliau adalah antara yang mendapat royalti ratusan ribu dari usaha menulis buku-buku Sejarah Islam yang mendapat tempat di hati ramai pembaca. Apabila novel yang dikarang tidak menjana pendapatan yang besar ia tidak menjejaskan semangat untuk menulis kerana menulis sebenarnya ada KEPUASAN TERSENDIRI. 

Apabila ada kepuasan maka duit datang kemudian, namun perlu percaya ada sumber rezeki di sebalik penulisan. Ia dikatakan sebagai "silent income". Mungkin bagi yang menulis lebih tahu berapa banyak usaha dan masa yang diperuntukkan bagi menghasilkan sesebuah buku. Tetapi jika tidak boleh manfaat dalam bentuk kewangan, tetapi apabila seseorang pembaca mendapat sesuatu yang baik dari apa yang ditulis maka itu lebih bernilai dari royalti yang diperoleh. Silent income juga untuk akhirat kita nanti. Inilah yang menjagi pemangkin semangat saya untuk sentiasa menulis apa yang difikirkan boleh memberi manfaat kepada pembaca. Moga semua amalan kebaikan diterima olehNya. Ameen. 
Wallahuaalam.  

No comments:

Post a Comment