Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, February 20, 2013

Menggilap Bakat dan Potensi:Dimana Realti 1Murid 1Sukan

Sekadar memberi ulasan dan cadangan memang mudah berbanding merealisasikan.Ia sama dengan orang yang membuat kritikan buku tetapi diri sendiri tidak pernah menulis. Jadi saya tidak pasti diskusi saya ini di mana kewajarannya bagi pembaca, tetapi bagi seorang yang berperanan sebagai ibu bapa memang rasanya wajar untuk saya memperkatakan isu ini.Ia terbuku sudah bertahun tetapi baru hari ini tercetus idea untuk menulis



Setelah diperkenalkan konsep 1Murid 1Sukan memang meriah padang sekolah.Guru yang tidak pernah turun padang pun terpaksa turun padang.Pelajar yang tidak minat bersukan pun perlu menanam minat bersukan.Lalu segala jenis sukan yang ada disenaraikan (cuma bukan sukan ais untuk musim sejuk).Setiap pelajar diagihkan untuk masuk apa jenis sukan yang ditentukan oleh guru.Ini kerana jika tidak ditentukan maka sudah pasti pelajar akan hanya bermain dalam sukan yang mereka minati.
Maka cerita bermula,begitulah juga nasib anak saya.Sejak kecil di asuh bermain badminton (kebetulan itu sukan yang diungguli Babanya sejak dulu hingga bermain peringkat SUKMA). Lalu bila ada konsep 1M1S namanya disenarai didalam sukan kriket.Lagi lucu guru yang mewakili kriket itu adalah sepupu saya sendiri yang memang tidak tahu sukan kriket.Pelajar yang ada pun hanya beberapa kerat katanya, termasuk anak saya.Maka saya tanya kenapa tidak menyertai badminton?Kata anak saya ia tidak dibenarkan oleh guru kerana sudah terlalu ramai. Memang ramai yang mahu menggantikan Lee Chong Wei rupanya.
Endingnya kata sepupu saya diakhir perbincangan kami, kerana kriket bukanlah sukan yang popular di Malaysia ia tidak mendapat tempat di hati pelajar. Perhatikan diTV Malaysia agak-agak berapa kali pertandingan kriket ditayangkan secara langsung?Guru guru sendiri adakah diberi pendedahan pada sukan ini?Maka perlukakah semua sukan mahu disenarai dengan slogan sukan perlu dilatih biarpun tanpa ada minat?Wajarkah pelajar dipaksa untuk mewakili sukan tertentu tanpa memikirkan potensi mereka yang sedia ada?Sejauhmana berjayanya konsep ini kalau akhirnya ia sekadar melaungkan slogan tetapi tidak mencapai maksud yang sebenar.

Kerana itu diawal perkongsian saya tadi, mengkritik,mencadang,mengulas adalah perkara mudah dibanding merealisasikan. Sungguh cabaran akan ada, tapi carilah tambahan nilai untuk menutup kelompongan yang ada.Wallahuaalam. 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.


No comments:

Post a Comment