Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, February 26, 2013

Bantulah Urusan Orang Lain kerana Allah Mempermudahkan Urusan Kita


Sudah seminggu saya sibuk meengurus perpindahan ofis ke premis baru. Banyak perkara yang perlu diselesaikan hingga ada perkara yang terlupa untuk diselesaikan.Kisah petang ini sungguh membawa kesedaran kepada saya bahawa jika kita membantu orang lain maka Allah akan membantu kita. Saya perlu menguruskan sesautu yang penting berkaitan dengan urusan kaunter. Malangnya saat saya sampai dimuka pintu lampu dipadamkan, saya meminta tolong dari dua orang wanita yang berada disebalik pintu minta bantua, tetapi ia tidak diendahkan. 10 minit saya berdiri tetapi sungguh hampa. MasyaAllah masa saya amat suntuk, saya tidak pasti apakah minggu depan saya boleh datang berurusan, dan menyelesaikan semua ini. 


Sungguh saya terlewat hanya satu minit. dan satu minit itu menyebabkan saya terpaksa datang semula sedangkan saya tidak punya ruang masa. Saya terfikir bagaimana saya harus mencari solusi untuk semua ini. Dalam hati berdoa Ya Allah bantulah saya.. Berilah sesuatu yang mustahil untuk saya kerana hanya Dia yang tahu keadaan saya saat ini. Entah kenapa saya terfikir untuk melihat pintu belakang, dengan penuh harapan pintu saya kuak, terpacul seorang lelaki sambil tersenyum. Lalu saya suarakan kepada beliau, "saya terlewat satu minit, saya datang semata-mata untuk mengambil barang, dan saya tidak pasti bila saya boleh datang lagi". Lalu beliau mempelawa saya masuk dan meminta pekerja beliau membantu urusan saya. Saat itu saya tidak tahu betapa bersyukurnya saya atas pertolongan beliau. Dalam hati berkata, "Ya Allah ada juga insan mulia.. " Sungguh terhutang budi saya pada insan ini. Selesai urusan saya sempat mengucapkan terimah kasih kerana sudia membantu saya. Moga Allah memudahkan segala urusan beliau bila dia mempermudahkan urusan saya.  

No comments:

Post a Comment