Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, February 19, 2013

Berusaha Untuk berjaya, berdoa untuk Kekal Berjaya



Bila Allah menguji, DIA tahu apa yang terbaik untuk kita. Apa yang penting berdoa agar kita diberi kekuatan unutk menghadapinya. Jika kita diberi kesabaran untuk berdepan dengannya maka bersyukurlah.Moga dengan segala ujian itu dapat menghapus segala dosa yang ada, dapat melembut jiwa yang kusut, dapat menenangkan emosi yang serabut. Moga Barakah dan RahmatNya melimpahi kita, biar apa jua rintangan dan halangan.



Ada banyak perkara yang boleh menghasilkan kekayaan, namun ia bukan melalui cara yang mudah. Segalanya perlukan usaha, ikhtiar, doa, dan niat yang ikhlas. Oleh itu kita dituntut bagi melawan hawa nafsu yang mahukan segalanya tanpa mengira halal ataupun haram iaitu mencari sebanyak mungkin rezeki Allah yang halal, kerana rezeki yang halal menjamin keberkatan manakala keberkatan menjamin kejayaan dan kebahagiaan hidup.
Allah berfirman yang bermaksud; “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diti kepadaNya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya agar kamu beruntung.” (Qs.Al-Maidah:35)


Dipetik dari buku 10 Tokoh Usahawan Muslimah

No comments:

Post a Comment