Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, July 3, 2014

Tazkirah Ramadhan

Tazkirah Ramadhan 
Infaq di jalan Allah

Dalam surah Al Baqarah perintah agar Allah pergunakan nikmat untuk memberi bantuan kepada orang lain. Membelanjakan wang ringgit ke jalan Allah

Manfestasi derma dan sedekah dapat diterjemah dengan adanya ganjaran infaq.
perumpamaan orang yang verinfaq ibarat satu tangkai yang ada tujuh tangkai
pelaburan yang besar di sisi Allah

Ramadhan afalah bulan yang Allah lembutkan hati manusia untuk berinfaq kepada fakir miskin . Bahkan manusia juga terpanggil untuk memberi sumbangan. Ini kerana Allah lembutkan hati insan untuk menyumbang.

Formula yang perlu diyakini dan perlu dipraktiskan adalah berinfaq. Apa sahaja yang dibelanjakan dan dapat dimanfaatkan kepada manusia Allah akan gantikan semula. Bukan semata duit ringgit, tetapi tenaga dan juga idea.

Ada 3 perkara Nabi bersumpah dengan nama Allah. Salah satunya harta benda yang disedekahkan tidak akan berkurang. Ada ketikanya manusia rasa sayang untuk memberi kerana Allah berfirman dalam
 Al Quran kerana syaitan menjanjikan kefaqiran. Walhal sedekah itu adalah fisabilillah. Syaitan membisikkan dalam hati agar apabila mahu membelanjakan dijalan Allah manusia terasa sayang. Bahkan syaitan menghasut untuk buat perkara yang lagha. Allah menjanjikan bagi yang bersedekah keampunan atau al maghfirah.
Maka elakkan rasa sayang kerana kita perlu yakin Allah akan gantikan yang lebih baik.

Qudrat manusia itu terhad, maka bagi menambah pahala adalah dengan memanfaatkan bulan Ramadhan. Bagi yang membelanjakan untuk memberi makan orang berbuka Allah beri 3 kebaikan iaitu: keampunan, kebebasan dari api neraka dan juga pahala puasa. Menyumbang untuk orang berbuka besar kelebihannya.

Yakinlah Allah bakal memberikan sebaik ganjaran kepada kita semua yang berinfaq di jalan Allah.

Wallahuaalam

Ustaz Syukri
Nazir Masjid Saujana Utam


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment