Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, July 6, 2014

Tazkirah Ramadhan

Tazkirah Ramadhan
Universiti Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah berkati hidup kami di bulan Ramadhan ini.

Waktu sahur makan maggi
Maggi di masak untuk dimakan
Ramadhan bertemu lagi
Mari di sambut dengak kesyukuran

Ramadhan perlu banyakkan zikrullah,
يا الله يا الله يا فتاخ يا كريم  ي فتاح يا عليم افتح قلوبنا فتوح العارفين...
 
Tanda orang yang arif العارفين adalah
1) Takut dan harap - الخوف والرجع
2) Tasbih dan tahmid 
3) Matanya malu ( mengawal pandangan yang aib)
4) Tangisi dosa
5) Jiwanya tidak berbekas pada dunia dan hanya mengharap redha Allah.مرضات الله

Sijil lulus cemerlang adalah hamba yang muttqin. Bila namanya sekolah maka ada kerjarumah dan tugasan yang perlu dibuat. 
Komponen tarbiyyah adalah menghadiri tazkirah. Ada yang berpendapat tazkirah mengganggu ibadat. Rasulullah menggambarkan ada 3 golongan yang menghadap majlis ilmu:
1) Menyediakan diri, duduk di depan
2) Malu-malu, bersandar di dinding
3) Berpaling dari ilmu. 

Allah berpaling untuk memberi rahmat. Komponen tarbiyyah adalah
1) Rebranding dan penjenamaan semula. توصيه Perbaharui iman. Tambahkan lagi ilmu bagi menguatkan iman.     
  تخلي قبل تحلي
Buang dahulu yang mazmumah
2) Memelihara dan Mengekalkan yang baik. Sebulan Ramadhan jika dipraktis maka ia akan jadi berterusan. 
3) Pengembangan dengan menambah nilai/baik mana yang ada. 
Wallahuaalam 

Ustaz Kamil
Surau Saujana Utama



Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment