Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, July 7, 2014

Tazkirah Ramadhan

Tazkirah Ramadhan
Mengamalkan sunnah Nabi Muhammad saw dalam kehidupan


Majis ilmu adalah Taman syurga
بسم الله الرحمن

Sunnah Rasulullah adalah sebelum dan selepas solat seperti dengan angkat takbir bila jemaah sudah bersedia. Safnya sudah tersedia. Seseorang yang mahu berjaya adalah yang mahu mengikut sunnah baginda Nabi SAW.

Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah adalah membina masjid setelah mempersaudarakan Ansar dan Muhajirin. Masjid yang sangat sederhana dengan berlantaikan tanah berbumbungkan pelepah kurma.

Kata seorang wanita, anakku adalah tukang kayu, beliau boleh memperbuatkan mimbar kepadamu. Maka Jumaat seterusnya mimbar itu siap. Tiba-tiba Rasulullah terdengar tangisan yang sangat kuat, tiada lain ia batang kurma yang Rasulullah bersandar sebelum ini. Maka Nabi turun lalu memeluk pokok kurma itu, baru pokok kurma itu bertenang. Selesai solat jumaat Rasulullah bertanya kenapakah pokok itu menangis? 
Maka jawab sahabat الله ورسوله اعلم
Maka aku memberi pilihan dia berbuah selama-lamanya atau bersama aku di syurga.
Maka kita perlu menterjemahkan sunnah Rasulullah dalam segenap kehidupan ini. 
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku di akhir zaman akan mendapatkan 50 pahala orang syahid, adakah itu di kalangan kami atau mereka, kata nabi ia dari kalangan kamu"

Sesungguh doa para nabi itu berkat dan diperkenankan Allah, tetapi Nabi meminta ia ditangguhkan pada hari akhirat. Inilah syafaat Nabi pada hari akhirat.  
Sesiapa yang mencintai Nabi maka dia perlu mentaati dan mengikut segala sunnahnya.
 فقد احبني اطاعني

Wallahuaalam



Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment