Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, July 3, 2014

Tazkirah Ramadhan

Tazkirah Ramadhan 

Taqwa kepada Allah

Syukur kepada Allah yang telah menghidupkan hambanya. Dia yang kekal hidup dan tidak tidur.

الله لا اله الا هو الحي القيوم. لا تاءخذه سنة ولا نوم..... 
Berkat dari Nabi Muhammad yang telah berjuang untuk mantapkan syiar Islam.

Maka kita sebagai yang bergelar Mukmin sudahkan kita melakukan perubahan? Adakah kita berpuasa sewaktu kecil hingga dewasa adakah kita sentiasa meningkatkan kualiti puasa kita?

Allah menciptkan manusia ada tugasnya iaitu beribadat. Perubahan bukan mudah tetapi perlu ada azam. Ada 4 cara untuk tingkatkan ibadat iaitu:

1) Niat : Azamkan dalam hati untuk buat terbaik dalam hidup. Niat adalah ciri seorang Muslim yang kuat 

2) Akhlak : Pupuk sifat mahmudah

3) Istiqamah : Berterusan dan teguh pendirian. Amalan akan dijaga. Firman Allah dalam surah Fusilat: ayat 30. "Sesungguhnya sesiapa yang memanggil Allah sebagai Tuhanku .... kami akan menurunkan malaikat, jangan takut dan jangan sedih bahawa Allah janjikan syurga bagi teguh keimanannya.
4) Sabar : 70 tempat dalil orang yang sabar dalam Al Quran Iman Al Ghazali membahagikan orang yang sikap sabar kepada 6. Iaitu kelebihannya boleh menjadi pemimpin, mendapat pahala, gandakan pahala, pahala yang tidak terhitung bagi orang yang sabar, sentiasa didampingi Allah serta mendapat kebaikan dan rahmat dari Allah.Mereka ini orang yang memperoleh petunjuk.


Wallahuaalam


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment