Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Wednesday, July 16, 2014
Tazkirah Ramadhan
Manusia dan pertarungan dalam kehidupan
Bismillah
Manusia adalah khalifah. Jawatan itu amat hebat. Persoalan adakah kita merasa diri sebagai khalifah? Allah memuliakan manusia dengan jawatan khalifah tersebut. Ini dinyatakan oleh Allah dalam surah Al Isra'.
Bani Adam di muliakan oleh Allah ada disebut dalam surah Al Baqarah bahawa kenikmatan dan apa sahaja di bumi ini untuk digunakan .
Maka siapakah kita? Allah memberi peringatan akan kejadian manusia yang berasal dari tanah dan kemudian dari saripati air yang hina.
Maka manusia perlu bersyukur. Penerangan dalam Al Quran jelas mengingatkan bahawa satu masa manusia akan kembali ke tanah.
Bila kita rasa hebat maka ingatlah bahawa semuanya dari Allah. Dalam
surah At Tin Alah menyatakan bahawa kejadian. manusia adalah sebaik-baik kejadia.
Realitinya manusia jarang bersyukur. Maka ciptaan ini kerana adanya roh yang memartabatkan roh kerana roh dari Allah dan alam yang lain.
Wallahuaalam
Sent from my iPhone
No comments:
Post a Comment