Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, July 16, 2014

Tazkirah Ramadhan

Tazkirah Ramadhan


Ramadhan bulan turunnya Al Quran pada 17 Ramadhan. Firman Allah: Bulan Ramadhab adalah bulan turunnya Al Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia ....

Al Quran adalah mukjizat agung yang berkekalan hingga akhir hayat Nabi SAW. Ia adalah kalamullah yang menjadi mukjizat atau dikata اعجاز القران Ini kerana tiada yang manpu melawan ayat ayat Al Quran. Susunan bahasanya amat indah. Al Quran dibaca pada Nabi oleh Jibril pada ketika Nabi berada di Mekah. Ia ditulis dalam bahasa Arab 327,331 huruf ada 114 surah, 30 juzuk.
Seluruh dunia umat Islam membacanya terutama dibaca secara tadarrus.

Membaca, memahami dan menghayati Al Quran adalah praktis yang perlu dilakukan oleh semua. Tadarrus di setiap pejabat, sekolah, rumah diadakan menjadikan perkembangan yang amat baik. Masa perlu diperuntukkan untuk membaca Al Quran. Memahami Al Quran juga perlu dipertingkatkan. Tiada jalan melainkan hadir dalam majlis ilmu.
Pengajian syariah, tauhid dan sebagainya menggunkan dalil dalam Al Quran. Maka belajar memahami adalah satu manfaat yang besar. Kandungan isi Al Quran perlu difahami. Ia menjadi petunjuk dan sumber rujukan serta sumber utama ilmu.

Rasulullah bersabda, apabila insan berhimpun membaca Al Quran individu akan mendapat ketenangan dan diberi rahmat oleh Allah.
Ramai yang menggunakan ayat Al Quran sekadar untuk digantung, bahkan ada yang menjadikan sebagai perhiasan serta menggunakannya sebagai azimat. Walhal Al Quran yang menjadi نور atau petunjuk jalan perlu memahami arahan yang tertera dalamnya. Ia mrmbezakan yang batil dan yang haq.
Maka memahami Al Quran perlu dipertingkatkan.

Wallahuaalam
Oleh Ustaz Dahlan
Surau Saujana Utama


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment