Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, July 16, 2014

Tazkirah Ramadhan

Tazkirah Ramadhan
Memohon Keampuan


بسم الله الرحمن الرحيم

Ramadhan bulan keampunan, maka kita perlu mengambil peluang, kesedaran beragama akan membantu seseorang untuk mengabdikan diri kepada Allah.

Sebagai seorang yang menjadikan Islam sebagai agama hakiki maka insan perlu ada kekuatan dan mengetahui bahawa Islam itu sendiri agama yang menyeluruh dan sesuai untuk semua zaman.

Mendekatkan diri kepada Islam perlu ada kefahaman tentang Tauhid, ibadat, syariat, akhlak. Ini menjadikan kita Islam yang sejati. Kemuncak Islam adalah membawa manusia kepada kesempurnaan akhlak dengan Allah dan juga manusia.

Barakallah fi Ramadhan بارك الله في رمضان 
Ini meliputi makanan ruh kepada diri contohnya aktiviti ibadat dan pencarian ilmu. Semua kita mengharap ليلة القدر. Maka doa itu bagi mengharap kepada Allah tiada lain melakukan yang terbaik untuk mencari maghfirah dan mardhatillah. 

Wallahuaalam






Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment