Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, July 3, 2014

Tazkirah Ramadhan

Tazkirah Ramadhan

Hadith nabi bersabda: dari Anas r.a datang seorang lelaki kepada Rasulullah. Ya Rasulullah apakah doa yang paling afdal? Berdoalah kepada Tuhan kamu keampuan dari Allah dan kebaikan di dunia dan akhirat. Esoknya lelaki ini datang lagi bertanya apakah doa yang paling afadal, Rasulullah berkata berdoalah kamu kepada Tuhan kamu supaya Allah ampunkan dosa mu dan mendapat kebaikan dunia dan akhirat. Hari yang ke tiga lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah maka rasulullah mengatakan berdoalah kamu kepada Tuhanmu supaya diampun dosa dan mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

Sepanjang kita hidup kita banyak melakukan kesilapan terutama kepada kedua ibu bapa. Maka sejauhmana kebaktian kita kepada ibu bapa. Ini lah yang dikisahkan tentang kisah Uwais Al Qarni. Beliau seorang yang sangat besar baktinya kepada ibunya yang tua. Beliau mahu bertemu Rasulullah maka beliau musafir ke Madinah dengan izin ibunya. Namun ibunya berpesan agar tidak berlama lama kerana keuzurannya. Bila sampai di Madinah beliau dimaklumkan Aishah bahawa Rasulullah keluar ke medan perang. Maka beliau kembali ke kepada ibunya. Bila Rasulullah pulang lalu bertanya Aishah adakah orang datang mahu berjumpanya. Rasulullah menyatakan itulah lelaki yang dimuliakan oleh penghuni langit. Kata Rasulullah bila bertemu lelaki ini mohonlah kepadanya agar mendoakan keampunan dari Allah.

Moral ceritanya, bagi memperoleh kerahmatan Allah kita perlu taat dan berbakti dan taat kepada Ibu bapa selama mereka tidak ingkar kepada Allah.





Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment