Kaedah Mencari Bahagia Menurut Al-Quran Dan Sunah
1. Beriman Dan Beramal Soleh
"Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan."
- Surah An-Nahl: Ayat 97
2. Banyak Mengingat Allah
Firman Allah : "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."
- Surah Ar-Ra'd : Ayat 28
3. Bersandar Kepada Allah
"Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."
- Surah Al-Thalaq: Ayat 3
4. Sentiasa Mencari Peluang Berbuat Baik
"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar."
- Surah An-Nisa' : Ayat 114
5. Tidak Panjang Angan-Angan Tentang Masa Depan Dan Tidak Meratapi Masa Silam.
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai), janganlah engkau berkata : 'Seandainya aku melakukan ini, nescaya akan begini dan begitu', akan tetapi katakanlah: 'Allah telah menetapkan dan apa yang DIA inginkan, DIA akan lakukan', kerana sesungguhnya kalimat 'Seandainya' itu membuka amalan syaitan."
- Riwayat Muslim
6. Melihat 'Kelebihan' , Bukan Kekurangan Diri.
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu kerana, dengan (melihat ke bawah), lebih mudah untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkanNYA kepada kamu."
- Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
7. Jangan Mengharap Ucapan 'Terima Kasih' Dari Manusia
Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan balasan dari manusia. Berharaplah hanya kepada Allah.
"(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih."
- Surah Al-Insaan : Ayat 9
Perkongsian oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
No comments:
Post a Comment