Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, September 8, 2015

Salam Baitullah : Menabung untuk haji

Bismillah,

Haji merupakan rukun Islam yang ke-5. Ia diwajibkan bagi yang mampu, baik kemampuan disudut kesihatan, wang ringgit, dan keselamatan atau keadaan sewaktu bermusafir. Sebut haji, berapa ramai dikalangan kita yang sudah mendapat seruan haji

Musim haji kali ini sudah tiba. Bagi yang bertuah menjadi 'duyufurrahman' sudah pasti hati gembira tidak dapat digambarkan. Apalagi setelah sekian lama menunggu, setelah berapa lama mengumpul saki baki duit yang ada bagi menempatkan diri.

Ada yang miliki banyak wang, namun tidak mendapat seruan. Hatinya tertutup untuk ke Mekah. Seluruh dunia boleh melancong, namun untuk ke Mekah mereka bertangguh. Mereka percaya konon tunggu usia tua baru mahu menunaikan haji, usia muda masih ada masa.

Malang buat kita, usia muda atau tua tidak kita ketahui bila saat kematian. Bila ada kemampua berusahalah untuk ke Makkah. Duit yang ada boleh habis bila-bila masa. Lihat bagaimana orang yang susah, hingga ke tua baru cukup tabungan untuk ke Makkah. Kita yang miliki segalanya malangnya tidak ada kesedaran untuk melunaskan rukun ke-5. Ia hutang kita dengan Allah yang perlu kita tunaikan.

Kisah seorang nenek yang menyimpan seringgit sehari hasil dari menoreh untuk persediaan haji boleh dijadikan motivasi. Kesabaran dan keyakinan serta keazaman nenek ini wajar dipuji. Sudah pasti ganjaran besar di sisi Allah. Duit yang sukar diperoleh, masa yang lama untuk mengumpul duit sebagai bekalan sudah pasti bila berjaya menjejak kaki ke taah suci ia perasaan indah yang tidak dapat digambarkan. Moga nenek ini mendapat haji yang mabrur.

Bagi yang belum membuat persediaan dan menabung, lakukanlah sekarang. Setidaknya kita sudah mulakan tindakan. Bila masanya, cepat atau lambat, doalah agar Allah mengizinkan kita menjadi tetamunya.

Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment