Bismillah,
Hari kelahiran ia bukan untuk disambut, bahkan tiada dalam nas atau hadith Rasululullah merayakan ini. Namun ia disambut juga oleh segelintir yang mahu mengingati dan memperingati baginda Rasul. Bahkan agama Kristian juga merayakan Krismas sebagai bersempena menyambut kelahiran Nabi Isa.
Islam tidak menggalakkan apa jua yang menyerupai Yahudi atau Nasrani. Maka inilah yang sepatutnya kita praktikkan.
Biarpun tiada sambutan, ia tidak salah untuk mengenang hari kelahiran dan muhasabah diri. Bila usia makin bertambah amal juga makin betambah.
Semalam 27 September adalah hari kelahiran Iman Ihsan yang ke-13. Tiada apa sambutan mahupun kek harijadi. Ia sekadar ucap selamat panjang umur dan mendoakan agar Iman berjaya dunia akhirat. Tiada juga kek atau majlis makan-makan.
Bagi seorang ibu, sudah pasti kelahiran Iman Ihsan adalah anugerah berharga dari Allah. Kelahiran Iman membawa banyak perubahan. Ia bahkan memberi erti pada satu perjuangan.
Waktu mengandungkan Iman ada banyak misi dan visi untuk anak bangsa mahu dilunas. Iman lahir dalam keadaan berjuang dengan jerih payah. Nama yang diberi juga sinonim dengan perjuangan itu sendiri.
Alhamdulillah impian bersama sering dikongsi dengan Iman. Banyak yang Allah datangkan hidayah atas apa yang berlaku. Semoga Iman berjaya dunia akhirat. Ameen.
No comments:
Post a Comment